Wednesday, April 23, 2014

388, Ummu

Kasihnya yang meruntun, merimaskan
sayangnya yang membelengu, melemaskan
keperihatinan yang melampau, menjadi bebanan.

Namun, dia tulus dengan lakunya
dia ikhlas dengan caranya
dia benar dengan kesungguhan

Kadang-kadang hati berbicara resah
kadang pula menolak kesah
dan antara dia dan aku
ada hikmahnya disitu.

Jan 06, 12

Sunday, December 29, 2013

387. Teman Jauh

Berlangitkan biru warna, putih awannya
berbintangkan berjuta kerlipan, sinar bercahaya
walau jarak berbeza, kita tetap sama keadaannya

Harumnya persahabatan sewangi keikhlasan
bauan kebahagiaan terjalinnya ikatan
selamanya kita kekalkan

Berlantaikan keras budi, berlapik bahasanya
bagaikan merah hati, tulus peribadinya
walau tak pernah bersua, kesudian taruhannya

Indah pertemuan, takdir tentukan
sedanyanya pertahankan

26.12.2011

Friday, October 18, 2013

386. Indah Malam

Malam itu indah bagi yang mengamati
malam itu resah bagi yang merasai
Malam itu suci bagi yang memahami

Indah malam pada susana
resah malam hanya pada makna
dan sesuci malam bermunajat membersih jiwa

Indah hanya seketika
resah bukan selamanya
suci menjengah keinsafan.

30.11.2011

Sunday, September 22, 2013

385. Muzik Di Hati

Beralun irama sehela nafas berlagu
mersik suara membisik impian
cinta dan cita kita satukan

Dalam jiwa bergema rindu
mengalun syahdu
melirik rasa hadirnya bahagia
bahagia bersama . . . ketika berdua

Indahnya garapan mengalas harapan
mendendangkan irama hidup
dengarkan irama ini
iraman muzik dihati

mengalun penuh makna
membuai rasa yang ada
menyentuh setiap kalbu
persis setiap lagu
digubah sebegitu

10.12.2011

Wednesday, September 18, 2013

384. Cinta Kita Dulu

Cinta, dahulu kala
biarkan berlalu
biarkan berusia
lama telah berlaku
baik dilupakan saja

Rasa, aku padamu
kekal dalam jiwa
kekal tak kemana
dalam hati jua
tak akan berubah

Andai, tiada jodoh kita
terima ketentuanNya
pasrah takdir kita
tak dapat bersama
cuma seketika

Cinta, antara kita
simpan selamanya
agar tiada duka
pedoman dihari muka

04/12/2011

Sunday, June 9, 2013

383. Ya, Its You

I need someone
but not him, whose ripped off my heart
and not really him, who wanted something more than my love
surely not him too, who take me for granted
clearly not him also, who built me with a trust
and give me hope but at the same time
ruins with the whole things with his pride and ego debris
(go & f*** your good self)

Definitely not 'him'
but you, ya you!
who I had no words to resembled
whom to be part of me
completed me
who's balancing my wronged with his right
and who's that person might be
only Allah knows best

18.11.2011

Saturday, June 8, 2013

382. Cerita Hari Itu

Antara hembusan nafas yang berulang
mengisi masa yang panjang
masa keraguan, masa penyesalan
menghela masa hadapan

Antara garis halus memisahkan hari ini
ada ketentuan, ada kepasrahan, ada keredhoan
menghadapi masa depan

Antara kerinduan ini
adanya keinsafan, membaluti penerimaan
walau jauh atau jarak memisah
hanya takdir pemberi jawapan

16 Oct 2011

Tuesday, April 2, 2013

381. Jangan Ada Rindu

Jangan ada rindu
pada pertemuan kelmarin
yang hadirnya sementara

Jangan ada rindu
pada kata-kata syahdu
manis bicara

Jangan ada rindu
pada jalinan mesra
belum tentu jujur ceritanya

Jangan ada rindu
pada hati ini

Biar berlalu saat-saat suka
biar saja kata hati itu
pasti jangan ada rindu

03.08.2011

Monday, March 25, 2013

380. Would You Marry Me?

I just want you to be my hubby
legally
always make me happy
and smiley

I want you to be my hubby
love me unconditionally
hug me daily
kiss me constantly
make luvv when we're free

Why do I want you to  be my hubby?
and legally
cos we can create legacy
and you are my supremacy
in my heart you always be

Would you marry me?

8th July, 2011

Tuesday, March 12, 2013

379. Nota Dari Seseorang



















Saat ku terima nota
entah dari siapa
hatiku dilaputi suka
berlapis-lapis bangga

Saatku terima nota
indah dan ikhlas kata
entahlah dari siapa
namun tetap ku terima

Saatku terima nota
ditatang dan dipegang
fahami maksud gerangan
hanya sekadar menyampai makna

Saatku terima nota
yang pengirimnya entah siapa
asal nota pemberitahuan saja
namun ku tetap bahagia
ada cerita disebaliknya.

07.07.2011

Sunday, March 10, 2013

378. Kesah

Aku fahami diammu
aku mengerti kelumu
tak perlu disangsi
tak perlu pura-pura, aku biarkan saja
aku cuba lupakan segala
aku cuba hindarkan semua
aku rela tinggalkan segala
jangan ada lagi kecewa

Andai ada takdir kita ketemu lagi
andai ada ketentuan, kita disatukan
andai tiada lagi harapan
andai cinta tak kesampaian
andai ini hanya mainan perasaan
mungkin aku dapat kesahkan rindu yang menghampiri

June 2011

Saturday, March 9, 2013

377. [No Title]

Terlalu banyak benda yang bermain difikiran
terlalu banyak pekara yang ingin diperkatakan
hingga aku hilang dengan kata-kata
tidak mengungkap sebarang makna
tepu..

Katanya lebih mudah melupakan
kata mereka lebih senang dibiarkan
lebih tenang

Memahami itu mudah
mengalami itu yang paling payah

22.06.2011

Thursday, March 7, 2013

376. Kita Fikir

Kita fikir, bahagia kalau berdua
kita fikir, bahagia kalau ada cinta
kita fikir, bahagia kalau ada dia

Kita fikir...

Hidup bukan hanya berfikir
tapi melalui, mengalami
hakikat dan realiti

Tapi kita tak tahu apa yang bakal berlaku sedetik masa berlalu..

Mungkin bukan berdua, bahagia hidup kita
mungkin bukan dengan dia, takdir hidup kita
mungkin bukan cinta 'untuk' dan 'kerana' manusia
bisa membahagiakan kita

Aku cuba mengerti tentang cinta Ilahi
manakan sama cinta hambali (manusia)
kalau tanpa cinta, ku tetap bahagia
ku terima seadanya...

22.06.2011

Tuesday, March 5, 2013

375. Aku

Tidak mahu menangis pada gembira yang seketika
tidak mahu tersenyum pada cerita yang tidak pasti usulnya
tidak mahu terluka lagi kerana kekhilafan memilih
tidak mahu terlalu menilai pada cinta yang bukan hak

Hanya mahu menunggu waktu dan ketika bahagia itu datang
bersama ketentuan, bersama takdir yang telah dinyatakan

Aku bebas begini tanpa keluh kesah
aku tenang begini tanpa riuh resah
yang paling aku sukai aku tak terluka lagi.

22.06.2011

Monday, March 4, 2013

374. Adakah Bahagia

Terkadangnya realiti kehidupan tidak mendatangkan kebahagian
sebagaimana yang kita impikan atau harapkan
kehidupan itu satu misteri yang perlu kita terokai
bahagia itu satu penemuan
derita adalah liku perjalanan
mengharapkan ketentuan, dengan sedikit usaha... Insya Allah
insan itu dijadikan pasang-pasangan
kalaupun takdirnya seorang, itulah ketentuan

Tidak pernah menyalahkan takdir
cuma tidak mahu kecewa dengan perasaan

Sudah nekad dihati, sudah tegas diminda
andai itu takdirnya, itulah bahagia

Mungkin dalam pencarian ini
bukan bahagia yang diharapkan
tapi keredhoaan pada setiap pekara yang  berlaku
yang tanpa sedar, itulah bahagia yang sebenar-benar bahagia

22.06.2011

Friday, March 1, 2013

373. Mencari Erti

Dalam kekalutan fikir
bersimbul, berceragah..
sekiranya dapat dihentikan masa
andai dapat diundur semula
dimana mungkin akan wujud?

Dalam keriuhan suasana
yang hiruk dengan pekara punca
bingit dengan bunyian asing
sekiranya dapat dimatikan getaran
andai dapat dihentikan gelombang hingar itu
dan pastinya mungkin akan wujud?

Sekiranya dapat dipastikan maksud
andai dapat dimengertikan makna
mudah untuk difahami gelombang kerinduan ini
apakah mungkin tetap akan wujud?

Bukan tidak mengerti ketentuan
bukan tidak menerima takdir
cuma sekadar memberi reaksi
tentang bahagia yang datangnya bukan semedang.

07.06.2011

Wednesday, February 27, 2013

372. Mahu Duduk Disisimu

Namun itu hanya angan-angan
angan-angan nakal
yang menjangkaui impian
dibatasi keperluan
berlandasan fitrah
lemparkan jauh-jauh
biar pergi terus
biar yang tinggal keredhoan Allah.

(occured in my thought, take thing slowly, one of a time.. I'll be fine)

01.06.2011


Tuesday, February 26, 2013

371. Uncertainty

Having doubt in my own thought
hesitation in every move
dont know what to think
lost in my own world

Everything seems so different
everything seems to be the same
like Im shrinking
and everything had falling on me

Overwhelmed with this weird feeling
whirled with confusion
dont really know what is happening
clueless of every single thing.

re-edit, 03.06.2011

Friday, February 15, 2013

370. Bukan Hanya Dari

Bukan rupa jadi ukuran
bukan harta jadi buruan
bukan cinta jadi sandaran
bukan!

Hanya dengan bicara bisa meluruhkan rindu
hanya dengan titipan pengubat duka
hanya dorongan nasihat penguat minda
Hanya...

Dari suaramu menciptakan rindu
dari kata-katamu meredakan duka
dari keperibadianmu menyemarakkan rasa

Hanya dengan kenyataan lahirlah ketentuan
dari keikhlasan berbunganya harapan
dan bukan impian jadi taruhan

26.05.2011

Monday, January 28, 2013

Subsidiaries


Dah lama tak meng-update blog P.O.E.M. Terasa seperti keja sia2. Namun yg pasti, tak ada masa. Tiap malam ada saja nukilan dan kata2.. diam tak terusik semuanya.

Dulu, cinta manusia. Sekarang masih sama bicara topiknya cuma, diberi sentuhan Islam, berkadaran dan percaya pada qada & qadar (takdir). Lebih banyak menerima dari meragui kecewa. Cenderung pada kebenaran dari prasangka. Yang penting CINTA – atas dasar apa dipertaruhkan rasa atau adakah kerana Dia yang menciptakan Bahagia!