Wednesday, December 29, 2010

74. Indahmu Tiada Bandingan 'Bulan'


Dari jauh dudukmu
dekat disisi
lekat, dihati

Dari tinggi dudukmu
rendah disisi
semat, dihati

Engkau, Indah
engkau, Menawan
pesona cinta
damai dijiwa
terpukau rasa
mana yang hiba
mana yang kecewa
mana yang hampa

Jauh, Menanti
tinggi, Menunggu
pada engkau

Pergi ku nanti
datang ku tunggu
itulah engkau

Seindah kejadian
kupuja kecantikan
selama ingatan buatmu . . . bulan

26.06.1999,
Kulim

Wednesday, December 22, 2010

73. Dunia Orang Lain

Semua, semua rasa aku
telah kau buang
walau merobek cita
walau mencecah duka
telah aku buang
bersama marah rasa
yang bersarang dijiwa
namun tetap bersisa
dikikis begitu saja
oleh masa
lalu menjadikan aku
seorang yang tak pernah endah. Pedulikan.

Dimana diri
perlukan kekuatan
sedemikian untuk hidup
dalam dunia orang lain
kerana tempat aku disitu
cuma sebuah kapal kertas
dilaut luas
karam aku kerana laut
karam aku
hanya kerana sebuah kapal kertas.

Aku pedih, pedih yang sendiri
pedih yang meracun hati
bukan kerana luka di tangan
tapi luka didalam hati
sabar hanya sebagai teman
pasrah sebagai ketenangan diri
yang hanyut dalam dunia orang lain
membuahkan benci.

26.05.1999

72. Segala Itu Datang Dari Engkau

Bila masa tiada
kita rasa jauh
bila masa ada
kita rasa lagi jauh
kenapa ya?

Tapi, itu bukan masa
masa berperanan
kita punya watak
sedih, suka atau terusan
ketawa
watak itu yang paling penting
sepenting ketawa dalam watak

Tapi, bila masa menjadi watak
pada persembahan kaku kita
maka kita semakin dekat
sebab masa pandai mencuri
hati kita bila dipenuhi masa
dan bijak pula memberi
hati bila kita tidak punya masa
maka kita semakin jauh

ya, itulah keterlupaan dan
keteringatan pada masa
yang ada dan tiada

17.05.1999

Untuk seorang yang mengenali dan pernah mendgr rintihan hati, padamu ku curah segala, kerana segala itu datang dari engkau..

Tuesday, December 21, 2010

71. Kecewa

Terima ini
bermakna rela
pasrah ini
bermakna suka
sanggup itu
bermakna mahu
ingin itu
bermakna . . .

Tapi kalau
menolak
bererti langgar
langgar membawa
korban
korban membawa
binasa
binasa boleh jadi kecewa

Kecewa kerana
menolak
kecewa kerana
tidak sanggup
kecewa kerana mempertikai
kecewa kerana
tidak dapat

Lalu kecewa menjadi korban
ketidaksanggupan menghadapi realiti
bukan untuk diri sendiri . . .

17.05.1999

Monday, December 20, 2010

70. Yang Tiada Pada Mereka

Dan aku cukup tidak mengerti
bila diperkata
dengan kata-kata berbaur dengki
cukup untuk menghina
cukup untuk menyakitkan hati
tetapi tidak cukup akal untuk menilai
perasaan
suka atau tidak
tapi aku juga tidak pasti
kekurangan dan kelebihan
setiap orang disisi Tuhan
keadilan tak dapat dipertikai
untuk apa merungut, untuk apa?
sebuah cerita yang sia-sia
mereka pasti tiada apa
yang boleh dibangga
kerana nista terpancar
disetiap wajah
hitam, kotor dan jijik
itulah mereka
menghina dan mencebik
yang tiada pada mereka
tapi ada pada orang lain

17.05.1999

Tuesday, December 14, 2010

69. Sesuatu Yang Hanya Untuk Aku

Mengenali sastera
menjadikan aku pemikir
mengunyah sesuatu
bagi menghancurkan pengertian
jika sulit mengungah
sulit juga untuk mengerti

Juga seperti mengupas
melihat isi dilapisan kulit
rasa mengenal
fikir mengesahkan
zahir memujuk
indah untuk rasa
nikmat untuk fikir
kesan untuk zahir

Tapi, tanpa pengamatan
tanpa penghayatan
tanpa perasaan mengalami
sumber hilang
ilham hilang
rasa hilang
tiada lagi satera

Pemikir
dari mula bersumber
meniti pengalaman
beriring pengertian
pengajaran
membuahkan sesuatu yang subur
berkualiti . . . tapi

Pokok yang masih berselindung sastera
membalikkan daun diterbang
angin insan
manusia yang dapat menerima
manusia yang dapat memberi
sastera tetap tidak dapat
membezakan manusia
dari terus menjadi manusia..
samaada manusia pemikir
atau manusia pemutus
kerana sastera itu sendiri
manusia..
contoh dari kehidupan

12.05.199, Kulim

Note: Timbul dari kesedaran membaca sebuah novel coretan Tan Sri A Samad Said - Daerah Zeni - SATU DAERAH ASING, TANPA SEMPADAN, TANPA BATASAN: BEBAS

Monday, December 13, 2010

68. Juga dari Novel STDKG: Untuk yang Mengerti

Hayati dan fahamilah
rentak kehidupan
moga-moga nkau mengerti
dalam penerimaan
ranjau
. . . orang lain
. . . mereka
. . . & diri sendiri

Kita ini manusia
yang membentuk
dan dibentuk
dikarang bukan untuk lagu
bukan dengan irama
tetapi perjalanan
penentuan
menentukan
& ditentukan

Asu-15.12.1999

67. Untuk Novel 'Seorang Tua Dikaki Gunung


Penuh semak dan rimba fikir
berceracak angan
Berjajaran impian
bagi pohon hijau mendapang
angin sendu & rindu
pada mereka anak dan cucu-cucu

Misteri Kasih
ngeri sayang
dendam
cinta
rindu
menjadikannya seorang penunggu
rimba ingatan

Resah yang melanda
bimbang yang ketara
suka yang menghela
duka yang mengundang
sengsara jiwa
rintih kasih
rintih sayang
dari sebuah kefahaman
dan keikhlasan
yang tak terungkap

Lalu terbitlah matahari sepi
disudut jiwa yang kering
lalu basahlah cinta, dari telaga sayang
menitik menjadi hujan
dikaki gunung yang suram

1999

Sunday, December 12, 2010

66. Suatu Cerita Dibalik Kenyataan (Selamat Hari Raya)

Ditanah sepi ini
aku mengerti
sesuatu yang bukan pilihan
untuk berdiri atau duduk

Dihalaman asing ini
aku juga tahu
bukan hari ini atau esok
untuk sementara atau selamanya

Ibu,
kalungkan rindu dileher masa
manik kasih bersinar jiwa
susunan mesra
jalinan rasa
cinta manusia

Ibu,
disini sepi, disini duka
sepi suka pengubat langkah
terasing dirantau
menuntut keringat
untuk harapan yang tak ketahuan

Dan Ibu,
disinilah aku
bersama waktu dan ketika
yang adakalanya seperti mengusik
misteri kasihmu
ngeri cintamu
yang makin menyeram dilubuk hati yang dalam

Disini juga Ibu
suatu cerita disebalik kenyataan
sungguh rindu
ku tinggal jauh disudut
sebuah pengharapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
25.12.1998,
Taman Jati.

Monday, December 6, 2010

65. Di Taman Ini

Lapang dan kaku
sepi seketika pada mereka
yang tinggal . .
dalam gerak laku

Cantik dan indah
dalam suasana
banyak terluang
banyak terbuang

Di taman ini
terasing seorang
tersisih sendiri

Dan di taman ini
tinggal sepi
ada mimpi
punya hati

1999, Taman Jati

Monday, November 29, 2010

64. For Keep Sake (my frens)


If i have a fren like you
you're the lover who ever do

If i should show you the way
where & there always be here

If i owe the love so true
all of mine is all for you

If i need someone to hold
you'd be there shoulder to cry on

If i could save this love
with all my heart i pray to Allah

If i can, together we try
make this plan . . 'till we die

15.04.1999

63. [no title]

Melangkah kaku
dari denai yang lurus
tidak ada simpang
tidak pula menyimpang

Bukan destinasi
bukan permulaan
langsung dari perlabuhan
tiada pengkalan

Lalu, berjalan tanpa arah
belayar tanpa hala
tujuan, impian dalam harapan
yang lama mati
tanpa nesan
juga tanpa penentuan

Harus, dimana nafas menghela
dimana angin suka
dimana bayu sengsara
tiupan sehala terpongkah
dari igauan yang datang
bila diri hilang dalam suasana

14.12.1998
Taman Jati

Thursday, November 25, 2010

62. [no title]

Sepi dalam suasana
tersisih sendiri
hanya berteman tinta hitam
dan sutera putih
mengisi malamyang panjang dan lapang
sebelum embun kembali
gamit suria pagi

Dan untuk malam ini juga
malam yang serba sempuran
lengkap
manusia, suasana dan ketika
mana ketawa
mana seloka
sempurna suasana
yang aneh

Seperti selalu
angin dengan bayu
bintang nan beribu
malamku tetap satu
bertamu siang, esok pasti tentu

17.10.1998

Wednesday, November 24, 2010

61. Kita

Kita dipertemukan sekali lagi
dimalam ini
tanpa bulan
dan suram cahaya
tanpa suasana, seadanya cinta

Kita, hadir untuk kesekian kali
menjanjikan ketentuan
yang tak diundang

Kita, masih disini
dan siang pastinya pergi
sebelum malam mengisi mimpi

Kita, masih setia
seiring selangkah
berbeza arah

Kita, sendiri lagi
menghela nafas . . .

Kita, terima segalanya
walau aku pasti
kita (engkau dan aku) tiada mungkin

27.05.1998

60. [no title]

Berbaur mimpi indah
dan angan yang menjangkau'
fikiran dan hati
jiwa yang bergelodak
dengan getar rasa
cinta terpendam didalam

Rindu terasa menyisih resah
meminggir rasa pada dunia nyata
mimpi seringkali menyelimut
kenyataan
angan seringkali menimbus
realiti
. . . terus aku jadi hilang
dalam dunia sendiri

10.05.1995

59. Segala

Apabila tiba segala
kemungkinan
tiada lagi dapat diharap
apabila segalanya
pergi
mungkin tidak ada lagi

Untuk yang tinggal
tabah, segagah segala
kuat, sehebat segala
biar yang pergi
selamanya bersama segala
yang mungkin atau pasti

Dan apabila segala
datang semula
terimalah
kasihlah
untuk satu
pengertian yang ada
keraguan dalam hidup
walau segala
dipertaruhkan..

1998

Sunday, November 21, 2010

58. Siapa Yang Tahu Pasti Mengerti

Siapa yang tahu
pasti mengerti
pedih rasa tika begini
sepi sendiri
dirantau kasih
mencari sayang
mesra dan suka

Tika begini
siapa yang tahu
pasti mengerti
hatiku hiba menanti
rindu didada
terpahat kesal
kasihku pinta
sayang ku hulur
terpahat sendu
kasih menghilang

Tika begini
siapa yang tahu
pasti mengerti..

1998, Kulim

Thursday, November 18, 2010

55. Jerebu


Aku rindukan awan yang memutih
langit yang membiru
angin segar yang mendayu
dan sinar mentari
kabus tua meninggal bumi
haba malam dibawa pergi
indah sungguh suasana pagi

Melihat silau diembun jernih
meninggal segar didaun sehelai
deru air sungai mengalir
sejuk . . . jernih

Matahari pagi meninggi
awan putih menutupi
bahang haba matahari tengahari
bayang berdiri lari

Dimanakah semua itu - setelah GARUDA jerebu
menghinggap udara Malaysia
-siapa punya garuda
-peliharaan tuanpunya
-disangkar atau lepas
-selamat atau belas

29.09.1997

54. Biar yang Berlaku Berlalu

Sepuluh tahun
pemergianmu terlalu lama
terlalu lama untuk membuatkan aku terharu
terlalu lama bagi aku memendam rindu
dan malam ini
kehibaan menyumpit hati
meruntun jiwa mengingati
10 tahun dahulu
ketika aku masih mahu mengerti
tentang kasih sayang
tentang cinta . . .
betapa aku waktu itu
jahil rasa
buntu minda
untuk menghargai
kasihnya, sayangnya, cintanya
yang melebihi orang lain
betapa aku buta hati
untuk mengenali
salah siapa?
(untuk apa mempertuduhkan kesalahan - semuanya meninggalkan kesalan)
untuk malam ini juga
urat muka kutatapi
buat lebih 10 tahun
kesal bukan jawapan
sesal buakan buatan
10 tahun
cukup untuk mengajar
cukup untuk membuka hati
menerima realiti kehidupan
pasti . . .
Ayah, aku ini rindu
seandainya engkau masih disini
(airmata, aku tidak mengundangmu)
namun Ayah,
biarlah yang berlaku, berlalu
(27.7.1987)

11.09.1997

53. [no title]

Engkau tenang begini?
engkau kesah begini?
engkau mahu begini?
jawablah . . .
bukankah ini yang kau pinta
ketenangan
kesunyian
atau kebahagian
atau . . . apa?

Apa sebenarnya
pengertian yang tak pasti
untuk apa . . .
untuk siapa . . .

Siapa mampu, jika setiap kalai hati terluka
jiwa terasa
siapa berdaya, jika apa saja . . tiada yang kena
engkau siapa dalam era ini
dalam cerita ini
sendiri atau sendirian
sama bukan?

Apa lagi? . . .
menanti,
sampai bila
tak perlu lagi
yang perlu
terima segalanya

23.07.1997,
Kulim

Thursday, November 11, 2010

52. [no title]

Apa yang 'nkau lihat dari sini?
apa yang 'nkau nampak dari sini?

Aku . . .
nampak
bulan mengambang di luar jendela
mengambang penuh
dipagar bintang beribu

Aku . . .
tahu
betapa malam begitu sepi
alam begitu sunyi
menangis hiba
entah apa-apa
pada manusia . . . mungkin

Aku lihat kebesaran, kemuliaan
dan kecangihan yang timbul dari keajaiban
ciptaaan

Dan yang Aku
sememangnya tahu
makna tertafsir

None,

Monday, November 1, 2010

51. Pura-pura

Burung, aku ingin berkicau sepertimu
riang . . . bebas terbang . . . lepas
matahari, aku mahu terang sepertimu
berbahang sinar . . . cerahi dunia
malam, aku ingin suasanamu
tenang . . . sepi mendamaikan
laut, engkau musuh
cinta yang terbiar
kasih yang tersisih
rindu yang terpinggir
dengan gelombangmu
geloramu

Pantai, aku ingin sesetiamu
walau ombak menghempas . . . engkau bekorban
angin, ble aku bertanya
engkau dimana bila malam menjelma
kirimkan salamku padanya
aku . . . tiada ketahuan punca
alam, engkau lihat aku
sepi dalam gembira
sedih dalam bahagia
pura-pura

30.07.1997

Thursday, October 28, 2010

50. Akal & Perasaan

Tidak aku merasa sayang
tidak aku merasa cinta
tidak aku merasa
walau tenang sekalipun
tak perlu keindahan
tak endah keburukan
tak perlu kesalan
atau kebanggaan
pada sebuah rasa
dijiwa
yang tersimpan, terpendam
dan tentunya aku sebuah arca
atau sepohon beringin tua
atau sebatang sungai
atau seekor yang sedang berkicau
dan yang paling okay . . .
tak perlu aku merasa
alangkah eloknya jika tiada perasaan.

04.04.1997

Tuesday, October 26, 2010

49. S.a.y.a.n.g

Sayang
kau dimana saat ini
tinggal aku sepi disini

Sayang
siapa kau dan siapa aku
dalam meniti hidup

Sayang
sepenuh jiwa
seluruh raga
ku serah padamu

Sayang
aku tak mengerti
namun aku rasa sayang
bila diri disayangi dan menyayangi

Sayanng
tiada lain sayang
padamu tiada batas
sayang.

dan yang paling berhak kukatakan
terima kasih sayang
dan terimalah sayang.

30.04.1997

48. Sara

Engkau tahu Sara . . .
senjamu makin kelam.

Sara,
bersalah diri ini
bila perlakukan dirimu begitu
sesungguhnya engkau menguris hati
yang lama dulu, tak mungkin kan sembuh.

Sara,
aku rindu saat dulu
saat hatiku hatimu
begitu riang
adakah aku yang bersalah?
biar segalanya terjadi
bila berakhir semua sengketa
sengsara jiwa.

30.03.1997

Monday, October 25, 2010

47. Sajak untuk Lan

Bukan ku tak hargai pertemuan ini
dan bukan niatku menyakiti (aku mengerti bila disakiti)
cuma aku tidak mahu terus dalam harapan
aku takut dengan kenyataan
kata tak mengambar rasa
aku takut kecewa

Kecewa yang lebih terluka dengan kesedaran
aku tidak yakin dengan pertemuan ini
walau ikhlasmu, walau bicaramu . . . pasti,
aku masih sangsi . .

Usah kita bertemu lagi di arena ini
kerana hati tidak lagi ikhlas menerima
jiwa tidak lagi merelakan
apa yang aku lakukan adalah kebaikan

Aku ingin benar . . .
keikhlasa, kejujuran dan yang paling penting kerelaanmu
andai aku begini (appearance), sanggup kau menerima

Biarlah, biar aku mencari
keikhlasan yang sebenarnya
mungkin kan ku temui
jika tidak darimu
mugkin juga dari orang lain
ku nantikan saat itu

Terima kasih kerana kesudian dulu
sesungguhnya aku akui, kau serupa
kau spi, aku sunyi
aku sepi, engkau sunyi
namun
sepi aku sepi kesedaran
sunyi aku, sunyi di bataskan
lainlah engkau . . .

Sunyi dan sepi sekalipun engkau lelaki. Maafkan aku, andai kata ini menyentuh hati. Kalau kau tahu . . . aku lagi resah. Terimalah . . . bukan aku menolakmu keranan sesuatu, cuma aku. Ya, cuma aku..

17.03.1997

Friday, October 22, 2010

46. Che Sah..

Terasa hiba hati ini
mengenangkan peristiwa lalu
dimana hatiku & hatimu
begitu bersatu..

Engkau menangis aku menangis
engkau ketawa aku ketawa
riang dan suka bersama
sedih dan pedih berdua
semua kerana 'dia'

Che Sah,
terasa sepi jiwa ini
mengenangkan yang aku sendiri
tanpa bisik dan usik darimu
yang membuat diriku
tak seriang dulu
tapi apakan daya kita
sudah takdir begini...

Yang berjumpa kan berpisah
akuinya dan terima
abadi kenangan kita
disudut hati yang dalam
agar persahabatan terus kekal
salam ku ucapkan
dari kejauhan ini
rindu kukirimkan
bersama resah hati
bertanya khabar

Dimana mesramu
dimana dukamu
aku mengingini, ulangi kisah lama
bersama aku engkau dan dia
tika kita bersama

Bersua dan berpisah
itu adat dunia
simpan jadi kesah
ada cerita antara kita

03.02.1997

Wednesday, October 20, 2010

45. Bunga Raya

Sekuntum bunga raya
bunga lambagan negara
merah kelopak warna
jadi pegangan nusa

Sekuntum bunga raya
megahnya seluruh dunia
pegangan seluruh bangsa
dalam dunia negara Malaysia

Sekuntum bunga raya
bunga rimba bunga dipuja
kelopak 5 penuh makna
tersirat . . . tersurat mahkota

Sekuntum bunga raya
sanjugan seluruh dunia
penyeri taman seloka
asal bunga kebanggaan semua

Sekuntum bunga raya
kembang pagi semangat waja
cungkil sifat ketara
pelemah fikir dan minda

Sekuntum bunga raya
bunga sanjugan semua

15.01.1997

44. [no title]

'Ku kirim pesan diangin lalu
sayang angin tak pandai berkata'

Apakah erti semua ini
penantian yang ku nanti
semalam berjanji
kini mungkiri

Apakah semua ini
sepi lagi sendiri
diri tiada ditemani

Sepi . . .
pada senyuman
pada ketawa riang
pada khabar
dan sunyi

Relakah aku begini
sunyi dan sepi sekali lagi
pada bulan dan matahari
bila malam dan siang pergi
dimana aku?

06.01.1997

Tuesday, October 19, 2010

43. [no title]

Mengapa termenung sang pungguk
rembulan ke mana
matahari dah tinggi
sudahlah
malam besok kan ada lagi

Entahlah malam,
aku rasa sunyi sangat
kemana bulan? malam
ku nanti sedari senja berlabuh

Jangan kau gundah pungguk
cuaca yang tak kena
suram saja suasana
lihat awan gelap
mungkin ada yang kelam

none

42. Terima Kasih

Terima Kasih
kerana pemberian
tak pinta sebarang balasan
atau pemberian semula
sudah.. aku menerima

Terima Kasih
kerana sudi temankan
hilangkan rasa
sepi menyapa, saat berduka

Terima Kasih
tidak terhingga
hingga saat ini dan selamanya
untuk semalam dan hari ini

Terima Kasih
kerana kecewa
bukan apa-apa, cuma terasa

12.12.1996

Monday, October 18, 2010

41. Meneka Bayang Tanpa Cahaya

Aku cuba mencari
senyuman berbeza-beza
dalam tangisan hiba
yang penuh luka

Ku cuba simpan sedikit rasa
pada tawa riang sengsara
hampa . . .

Ku cuba selami hati penuh cinta
lemas ku dibawa arus
yang tak terenang

Ku cari jua pada cahaya
cahaya kelam kesilpan kita
'meneka bayang tanpa cahaya'

09.11.1996

Friday, October 15, 2010

40. Penerima

Sekadar penerima, ikhlas hati dan budi. Menerima segalanya. Yang nyata bukan khayalan, mimpi bulan, bukan mimpi matahari!

Hanyut berdayung rindu
damba kasih dipantai cinta
kasih ku kalung sendu
padamu jua serah segala
indah pada mimpi .. mimpi bulan
lagi indah kenyataan

Dan keindahan akan hilang bila ditiup
angin kebenaran yang ternyata pahit untuk ditelan
lalu kita menjadi mangsa
himpitan dua rasa
dikerongkong keputusan
yang terbaik didahulukan
sayang . . .
buahnya kepayang
. . . .
terlepas jaring di tangan gelombang

Sudah menanti ikan berenang
dilaut lepas jaring tinggalkan
benda yang lepas jangan dikenang
jaring ku jahit jadi pegangan

. . .
untuk apa berjahit baju
cariknya orang lain
benangnya merah, warna tak akan sama
walau serapi mana, walau seindah mana
sulamannya. tetap tampak susun jahitnya
namun, kita cuma berjaya
memperindah pandangan
jahitan pertama yang carik tadi
tiada penganti

Apa lagi yang perlu
jarum tak patah, jaring dah sudah
jahitlah, jalalah
moga hasil kalian bertambah

Biarlah yang mati tercekik
hidup dipelayaran
mereka ada cara sendiri
begitu juga aku
yang menerima apa saja . . .
biarpun . . kecewa

03.12.1996

39. [no tiltle]

Pemula bicara dan ucapan terakhir
untukmu
bukan niatku begitu, namun aku terpaksa
inilah nasib, hati milik kita
hidup bersama
salah, kecewa ... sengsara
itu lumrah hidup manusia

Semalam
aku harapkan berpanjangan
agar dapatku persoalkan
tentang hidup ini
yang penuh misteri
unik, indah, pedih dan dosa

Pabila siang,
mahu saja aku tanyakan
pada mentari, pohon dan bunga
yang kembang...
bahagia hidup kalian sekarang?

Aku takut disapa sinar
kelam malamku nanti
ku simpan jawapan
itu takdir Ilahi

30.11.1996

Thursday, October 14, 2010

38. Tidak Sengaja

Buat pertama kali tidak sengaja terjadi
entah kenapa . . . sepi
mungkin sebab sendiri
atau sendiri tidak ditemani
sengaja atau tidak

Sengaja atau tidak sengaja
ada kuasa
sengaja . . . tidak
sengaja aku menulis
dengan paksa aku baca (tidak sengaja)
untuk apa

Kesengajaan dan ketidaksengajaan
kita ditemukan
dengan tidak sengaja
kita terluka
salah siapa: takdir
pasti!

17.11.1996

37. Langkahan Jiwa

Kata-kata tidak dapat menyamai apa yang dirasa
walau kita sama . . . manusia
hati kita berbeza, hanya Dia mengetahui
hanya Dia memahami
manusia, merancang
berperasaan
kejayaan
kita serah padaNya
walau gagal seribu kali
keputusasaan jangan kau jemput dan
bertandanglah ke rumah sabar
pasti takdir persila
hidang ketenangan jiwa
ketuklah pintu sepi
kerana teman kita yang paling mengerti
hati kita, jiwa kita
perasaan kita, kita rasai

14.11.1996,
Kulim

Tuesday, October 12, 2010

36. [no title]

Fais ...
Sesungguhnya engkau tak akan mengerti
apa yang sebenarnya terjadi
akupun tidak mahu kau mengerti
sungguh ku tahu kau tak pernah sudi

Fais ...
Walau sejuta madah ku susun indah
tak guna jika kau tak endah
jadikan madahku tak pernah sudah
untuk pengertian yang tiada pernah

Fais ...
Indah rasa dijiwa ini
tentang diri dan perilaku
ku simpan jua cinta dan rindu
jadi kenangan pernahku dahulu
ada rasa terhadapmu

Oct, 1996

35. Dengarkanlah Sesuatu yang Ku Cipta Buatmu

Ketika hujan menitis
ku dengar angin menderu
tanda khabar darinya
yang jauh dimata

Kirim rindu buat disana
salamku hulur penuh mesra
menguntum senyum dijiwa
mekarnya kasih dan sayang
kita bajai dengan setia
saling ingati dihati kita

Ketika hujan mulai reda
ku lihat awan berarak
riang. mengajak mengajak mentari menyimbah
sinar. sinari cinta yang dulu ada
agar serasi setiap masa
jadi kenangan kita berdua
bersama abadi ku semat
akhirnya

22.10.1996

Monday, October 11, 2010

34. [no title]

Padamu malam ku serah rindu ini
biar gelita jiwa tanpa rembulan kasih
kerana bintang sepi memagari
kabus senja melambai kenangan
angin laut mengamit resah
kasihku pinta hanya undangan
tetamu hati tak pernah kesah
langit merah memanggil pulang
kabus semalam datang bertandang
petanda cinta hampir ke petang

Awan putih berbisisk mesra
khabar dari bayu seberang
hatinya sepi laut terbentang
tiada mudik arus ditentang

Bagai layangan tiada haluan
membawa pergi resah gelisah
hulu kasih sama seberang
muara cinta sama berenang

Awan, bulan, bintang dan alam
lagu kasih pilu dan dendam
dendangan jiwa yang tak pernah tenteram
rindu, cinta, kasih dan sayang..

04.11.1996,
Awang's Resident

33. Persabahatan III

Andai lewat senja ini
kita tidak bertemu lagi
aggaplah ia sebagai kenangan
kita pernah ditemukan

Dibawah mega mendung
berarak "mentari-biru"
kita teguhkan
satu ikatan
kita bina
sebuah harapan
walau tidak kesampaian

Teman,
buat teman-teman sekalian
andai terputus ikatan
andai runtuhnya sebuah harapan
sambung dan bina semula
sesuatu kekuatan
... persaudaraan ...

None

Wednesday, October 6, 2010

32. [no title]

Burung berkicaulah
aku rindu pada kicauanmu
betapa kau melagukan
irama semalam yang syahdu
rentak sendu dunia
melihat pada penghuninya

Sungai, mengalirlah
aku rindu pada deruanmu
mangamit hati pilu
mendengar rintihan jeram
tentang pengaliran yang songsang
mereka, manusia yang menyongsangkan

Bebunga,
kembanglah, aku rindu pada kelopakmu
menguntum senyum sayu
pada dunia
kembangmu akan layu jua
(itulah ibarat wanita)

Manusia, aku harap kalian mengerti, dunia sedang memandang dunia kalian

TSPP, 1996

Tuesday, October 5, 2010

31. Tak Sudah Hidupku dilanda Duka

Mereka ...
hanya mampu meratapi
sebuah pemergian ngeri
namun mereka kembali
dengan rasa suka dihati

Tidak menyedari betapa hidup
begitu bermakna
sedang kematian menunggu
dipintu kehidupan

Dan disitulah kita melangkah
dari titik dunia menuju
kembali kepadaNya
semoga dengan kehadiran semalam
dapat menjanjikan hari ini
yang lebih cerah
buat selama-lamanya

TSPP, Perai
none

Monday, October 4, 2010

30. [no title]

Dengan embun yang menitis
memberi kedinginan
samar cahaya bulan
beri ketenangan
kerdip berjuta bintang
sayup ... tinggi di langit
bayu manja yang mesra bertiup
nyaman dan sepi

Dengkur ulat bulu
yang jarang kita dengar
tangis anak ayam dahagakan susu
yang jarang kita dengar
tawa cacing tanah
yang meninggalkan jijik dipandangan

Bila siang nanti
semua tu tak bisa kita cari bila matahari
menegak melepasi diri
jangan kau cari batuk ulat
mati terminum racun serangga
rengek anak ayam
hilang ibunya, hidangan tengahari manusia
sendu ibu cacing tanah
melihat anaknya mengeding kepanasan

dimana ketenangan dan kedamaian senenarnya
hati!
tak pernah tenang
jiwa!
kerapkali meronta
atas nasib yang menimpa

Hanya satu
ketenangan hakiki, perlukan kemahiran
untuk menyelam
dasarnya amat jauh dan
yang berjaya akan menemui
ketenangan

Dengan itu berserahlah kepadaNya
moga akan kau temui
biarlah malam dengan tugasnya
siang dengan misterinya
itu sudah takdir
duniawi..

17.09.1996,
Kulim

Wednesday, September 29, 2010

29. Indah Pertemuan Semalam

Sebelum ku buka bicara
maafkan diriku kiranya
bicara ini mengusik
hatimu..
hatilu..

Semalam, ku simpan kalung kenangan
yang ku karangi bersama
detik dan waktu
maniknya ku himpun sendu
kukepil rindu menjadi satu
persatu . . . indah

Tapi sayang,
kemana dan siapa hendakku kalungkan
kalung kenangan semalam
yang wujud selepas siang pulang
bersama mimpi berulang, dan

Semalam,
ku kalungkan kalung kenangan semalam
pada sebuah perpisahan
kerana pertemuan semalam
tidak seindah pertemuan hari ini
(kenyataan)

28. Yang Teristimewa

Telah ku pahatkan namamu
dilubuk hati ini
ku ukirkan cinta
berbunga kasih
kikirnya ku lagukan rindu
bingkainya berkarang mesra
moga tampak indah
pandangan mata..

Sayang..
pahatku hilang sebelum sempat
aku mengakhirkan
bungaku kembang tak jadi
lagu kikirku sumbang
mesranya bertukar berang
jadi sindiran dan cacian

Itulah pandangan dan kenyataan
ku karang bunga berbenang angan
terputus tali, hilang dipegangan.

27.08.1996,
Kulim

Tuesday, September 28, 2010

27. Yang Sepi Sendiri

Perlu apa ku coretkan disini
sebuah kata dusta
pada cinta kasih dunia
yang mungkinkan palsu
setiap yang terluah

Dan malam ini bersaksi
betapa malam menangis
melihat hatiku yang pedih
menyedari milik diri
kurang dipandangan

Bulan,
temanku bicara
tentang jiwa merana
merintih sepi
sunyi .. tiada penghuni

Padamu,
ku luahkan rasa
kerana kalian mengerti
begitu jua 'Dia' ... maha mengetahui
hati ini
jiwa ini
yang sepi sendiri

10.08.1996,
Kulim

26. Pertemuan dan Perpisahan

Maafkanlah aku andai suatu waktu, kita berubah
dan aku tidak lagi mengingatimu
waktu itu kau sedarkanlah aku dengan kenangan
yang kita karangi bersama
dan aku hanya mampu mengucapkan
sahabat, terimakasih segalanya ... selamanya
dan andai kau mengerti
menangislah, bersama airmatamu
adanya airmataku
itu yang termampu
untuk
sebuah perpisahan.

23.07.1996,
Kulim

Monday, September 27, 2010

25. [no title]

Dalam keluh resah
kulihat air berguguran
gugur kesayuan
ditinggalkan

Sepi.. tak kusangakan
dalam keheningan
kucari cinta yang hilang
.. kerana rupa
.. kerana alpa
pada kasih, pada sayang
mangkin kehidupan

Malam, mahukah kau menjadi teman
mendengar cerita hati pedih..
kubisik padamu malam
tetamu hati-hatiku
merentap jiwa sepi
kerana kasih tak diundang

Siang, mahu kau jadi sahabatku
agar bisa ku bertemu dengan dia
ketenangan..

Dan dalam aku begini
mahu saja ku temui bulan
dan nyatakan padanya
aku mahu jadi teman
sudikah bulan?

lalu aku menyapa bintang
boleh aku jadi kekasih
pinjam sinar dan kerdip
cerah hati yang gelap, kerana suria kasih menyepi sendiri

Dalam sendu, aku mengharap
kalian semua bisa menjawab
semua pertanyaanku
dan kuharapkan kalian mengerti
kerana kalian mengetahui
hakikat manusia pada hakiki
semoga dengan restu
hidupku bahagia dari dunia hingga ke akhirat..

12.06.1996,
Kulim

24. Kehadiran Membawa Kepulangan

Aku tidak pernah mengharapkan kehadiran
begitu juga dengan kepulangan
aku bahagia sebelum ini, begitu juga sekarang

Namun aku mahu kau tahu
kehadiran dan kepulanganmu
menyentuh hati
yang selama ini diam tak terusik

'Yang hadir tanpa dijemput
menerima dengan hati terbuka
persilaan tak pernah dituntut
kesudian tak pernah dilupa'

sebelum kau hadir,
Halamanku subur dengan bunga prasangka
kusiram dengan embun waspada
agar bungaku kembang sederhana
sedari bunga dihalaman saja

kini kau pulang,
Tak akan ku biarkan halaman ku kontang
dengan rasa rendah diri dan bimbang
kerana dengan peliharaan yang cukup dan kesedaran
kembangnya bungaku cemerlang
kerana aku percaya takdir yang datang

Biar, kehadiran dan kepulangan
biar, yang hadir membawa pulang
ku simpan semua jadi kenangan..

17.05.1996
TSPP, Prai

Friday, September 24, 2010

23. [no title]

Kau muramkan malamku ini
dengan sepi kata darimu
semalam untuk hari ini..

Tapi bagaimana untuk aku
tempuh semua ini keseorangan
aku buntu, fikirku

Tiada lain dapat ku kata
kau datang bersama pilu
pilu tentang kita, berdua dan orang ketiga

Untuk apa ini semua
terasa kebosanannya menular
apa sudahnya..

Persoalan silih berganti
haram jawabnya bererti
keputusan dan penentuan apa?
aku tak mengerti...

Thursday, September 23, 2010

22. Kita Terpaksa Berpisah

Andainya keadaan memaksa
relaku serah segala
impian & kenangan
milikmu jua

Andainya ada simpati
dari hati kecilmu
jadikan ia memori indah
semalam untuk hari ini yang cerah..

Walau mendung berlalu pergi
tak memungkinkan kembali
kalaupun ia datang lagi
tak bererti bencana
kerna kita sudah bersedia

Andai ada rindu
kirimkan diangin lalu
biarku anyam dilangit biru
menjadi awan kenangan
kita pernah diketemukan

Padamu kasih
pertemuan jadikan alasan
untuk kita dipertemukan semula
atas dasar saudara

Dan seandainya perpisahan kali ini
tidak memungkin untuk kita bersua lagi
aku harap..
kau abadi dalam hati
selamanya.

1996

Wednesday, September 22, 2010

21. Satu Kelahiran Menandakan satu Kehidupan

Kerinduan pada sinar mentari
mengajak aku mengenang kembali
pada purnama semalam
dimana embun masih tersedu
memandang awan berarakan

Dan dibawah sinarnya
tinggal sisa peninggalan
sejuta harapan dari hati yang terluka
agar terubat duka

Setelah sekian lama bersama
terpisah jua akhirnya
bersama sinar ini
ku jadikan purnama matahari

Menerangi dunia luka
agar terang segalanya
moga mentarikan terbit lagi
bermulanya kehidupan sekali lagi..

Tibanya kelahiran baru
kurnia Ilahi..

TSPP, Prai.
16.01.1996

Tuesday, September 21, 2010

20. Bilik ku Sebuah Dunia

'Knock'
Terkunci, rapi
sebuah hati resah
seorang penghuni

Ini,
duniaku, alamku
hadiah dari kehidupan
seorang insan

Ini,
sahabatku
yang sentiasa bertinta
dikala sepi datang membawa nota
bersama kenangan
untuk aku

Aku, milik barang ini
dengan bukti pembelian
bukan satu hasil rompakan

Sepi, sendiri
dalam alam dunia
milik seorang penghuni.

Kulim, 13.07.1995

Tuesday, September 7, 2010

19. Persabahatan (II)

Aku mencari hari ini
mungkin esok takkan bertemu lagi
sebuah pengertian
kerana aku kekeliruan

Kelmarin aku bertemu
mesra dalam perkataan
indah madah pengucapan
kata-kata terjalinnya ikatan

Kelmarin jua aku bersua
suara halus manja, meninggi nada
hasad dengki dan noda
selut ikatan yang lama

Dan hari ini aku mengerti
tentang diri yang tak memungkinkan ku mengenali
diri sekerdil ini dalam mencari mutiara
sebutir mutiara

Dalam mengerti aku pasti
tiada yang dapat mendahului
selain hati dan fikiran

Mencari lagi dalam diri
sebuah ikatan abadi
hidup sejiwa suka & duka
aku sendiri tiada dapat memberi
kasih juta pada insani

Dan ku bertanya pada hati
mengapakah terjadinya begini
lalu hati berkata

"Setulus kata seikhlas rasa"
tiada terjalin ikatan
maka saudara bertemu saudara
musuh jua jadinya"

Kini, aku sedar dan tahu
sinar mutiara yang ku jumpa dulu
tidak bersinar dalam hati diri
manakan bersinar dalam hati
insan yang bergelar sahabat

Dengan itu, jadilah teman dirimu
sebelum menjadi teman orang lain
jika kau tiada daya memberi
cukuplah sekadar menerima

Kulim,
22.06.1995

18. Aku menyayangimu seperti mana aku tahu erti kasih sayang

Semalam ku gubah puisi
indah bahasa madah bicara
kata hati itu cuma rekaan semata

Dari Dia engkau lahir
dari engkau, aku
kecil, besar dan remaja
kisah dulu terpahat luka

Sungguh sayang sebenar cinta
Sayang pergi membawa ceria

Saat waktu kita bertemu
dalam khalimah doa restu
hanya itu yang termampu
dari simpati kesal anakmu

Saat itu aku rindu
pada belai dan sentuhan
manja dan meriakan
pada hati, jiwa dan perasaan
kupendam sebuah kisah
sayangku tak pernah sudah
pada insan bergelar ayah

Sayang kini tinggal kenangan
tinggal mimpi dalam impian
memungkinkan pemergian
sekali bukan

Tinggal masa dan waktu
yang bakal menjadi penentu
tentang kasih,mesra dan rindu
kerana bagiku
aku menyayangimu sepertimana aku tahu erti kasih sayang.

Kulim,
27.06.1995

Monday, September 6, 2010

17. (Kenapa aku diterima) yang akhirnya kau lupa

Lama aku berdiri disini
dalam rakit alam, sepi sendiri
sendiri aku mencari erti
sebuah kehidupan hakiki

Perubahan masa menjadi arus
membawa aku ke kuala yang deras
aku mabuk
dengan kuala yang luas
penuh janji hidup yang tak pernah ku tuas

Ku jungkit rakit terkena batu
batu bersinar melarik rindu
pada cahaya kau ku tunggu

Sungguh cahaya penerang jiwa
ku cipta madah, salam ku pertama
engkau sambut aku gembira
engkau gembira sedang aku dalam duka
kenapa aku engkau terima
yang akhirnya engkau lupa

"aku rindu kau pun rindu"
"cinta kita berlainan"

Kulim,
20.06.1995

Sunday, September 5, 2010

16. Tiadakan Dua

Setiap kali ku luang fikiran
emosi menyapa kenangan
ingatan
kasih ku berikan

'Sayang, bunga mesra yang ku siram
kembang layu dalam genggaman'

Harap bersinar di awan hati
berarak pergi senja mendatang
ku biar kasih tak sampai
bagai senja menunggu pagi
tak kunjung malam
bertamu siang.

Begitu ibarat kesah ditinta
sajak syair ku lagukan jua
bersama ini jadikan rasa
sekali terasa tiadakan dua.

Kulim,
02.07.1995

Thursday, September 2, 2010

15. Masa

Suatu masa
bila detik dan waktu bersua
dan kita berada ditengahnya
dimana pendirian kita
kerana masanya sudah tiba

Suatu ketika
apabila saat dan waktu bertemu
dan kita disini berada didepan
dimana letaknya azam
yang dilaungkan sejak asal kehidupan

Suatu waktu
manabila kita mendahului masa
dimana kita
ditingalkan atau meninggalkan
lamunan disuatu ketika (kenangan)

Dan ketika masa dan waktu
menjadi musuh
setiap detik menjadi saat
dimana kita dikejar
sehingga tidak sempat berlari

Pada ketika dan waktu itu
kita hanya mampu menunggu masa
menukar semula saatnya menjadi detik
apabila manusia tiba pada saatnya dipanggil pulang
pangillan untuk 'masa' pun hilang.

Kulim, 30.12.1995

Wednesday, September 1, 2010

14. [no title]

Serakan mentari pagi
... dengarlah ...
bisik burung pada kicauan
menanti masa di sarang

Burung yang terbang
... lihatlah ...
senyum mentari-siang
bererti bermulanya sebuah pencarian

Dan alam sesungguhnya kau mengetahui
kurnia nikmat dari Ilahi
buat insani insafi diri
pada asal kesah persuratan
takdir penentuan
sebuah kehidupan

Mentari galah meninggi
meniti bayang-bayang diri
yang masih diselimuti mimpi
indah, ngeri dan sengsara
bagi mereka yang diberinama manusia

dan mentari berserak sekali lagi
mengucapkan selamat tinggal
pada siang yang bertamu malam

Dan manusia, besokkan mentari
terbit lagi
maka disini
bermulanya sebuah kehidupan hakiki
walau semalam menjadi saksi
berakhirnya kehidupan duniawi

Mentari merah
... dengarlah ...
kicau burung dikejauhan
sepi. sunyi
dalam menanti engkau terbit sekali lagi

Burung-burung
... lihatlah ...
serak emas menjadi jingga
walau siang sudah berakhir
esokkan bersinar emas ditakbir

Kulim, 29.12.1995

13. Waktu Itu Berlalu

Sedetik ia berlalu
tinggal lagi rindu
kenangan tersimpan
dalam memori semalam

Sewaktu kita bertemu, ada lagi rindu
kenangan, pengalaman
tika masa dulu
kau harapanku

masa mengajar kita
rindu yang sengsara
dalam cinta dalam kenangan
aku keseorangan

menanti, merindu
seribu tahun
detik itu takkan kembali
dimana waktu itu berlalu

SMSB, Kulim
30.08.1995

Tuesday, August 31, 2010

12. Yang Unik itu Sememangnya Pelik

Semalam mereka berbisik
aku seorang yang aneh..
esoknya mereka berkata
aku seorang yang unik

Sebenarnya aku tiada siapa yang tahu
kenapa aku aneh dan unik
kenapa aku unik dan aneh

Mereka kata fikiranku berlainan
mereka cakap, perkataaan tidak mudah dipaham
mereka sebut aku tidak terus terang
mereka menyatakan aku tidak tenteram

Sebenarnya aku seorang pendiam
cuma hatiku yang suka berdiam
hati yang telah lama diam terusik
maka tidak tenteramlah ia
jiwa yang dulu tenang, kini gelora dengan gelombang..
datang dari seorang insan
pembawa malapetaka
racun pada manusia
yang baru mengenal dunia

Mereka nasihatkan aku
dengan madah dan lagu-lagu
indah dan syahdu
tapi untuk apa itu

Sendiri merasa, sendiri merana
kerana yang unik itu sememangnya aneh
aku sendiri tiada mengerti

Kulim, 25.05.1995

Monday, August 30, 2010

11. Hari Terakhir Aku Menantimu

Semalam kau masih disini
tenggelam dalam cahaya suram
menanti malam bertamu siang..

Hadirmu masih ku terasa
sepi menjadi ria
tuturmu menjadi kata

Dan malam itu, aku sendiri
seperti setiap kali senja
menyambut salam pagi

Kemana pergi bicaramu teman
ku sendiri, kekeluan
menahan kedu kehilangan
emas sejuta
dilangit pagi

SMSB,
May 1995

Thursday, August 26, 2010

10. Penumpang Tua

Suatu petang yang gerimis
ditengah kesibukan manusia
sepasang roda berputar
menghela tar yang berbahang

meniti keringat tua
mengayuh... demi sebuah rezeki
kurnia dari Ilahi

Beca tua arah tujuan
payung hitam robek titisan hujan
panjang usia sepanjang jasanya
membawa setiap insan yang mencari keselesaan

"Terima Kasih",
Manusia, insan dan saudara
sumbangan dan kesudian
"Aku rela"

"Hujung Tanjung",
"Rumah siapa"?,
"cucu"
"anaknya"
Rapat mata menutupi jawapan yang bakal tiba

Dua insan, tuanya sebaya
menongkah jalan raya dengan tujuan berbeda
namun hati tiada siapa yang tahu

Menanti, turut sama menanti
merindu, turut sama merindu
menagih, sama-sama menagih
cuma yang membezakan
"Aku penumpang, engkau pembeca"
"Tua kita sama"

Kulim,
25.05.1995 11.17pm

Wednesday, August 25, 2010

9. Seketika Aku Bermain Dengan Perasaan

Saat ini, aku sendiri
melayani hati yang sepi
meningati hari yang berlalu
yang mana kenangan itu masih segar diingatan

Setiap detik seperti mimpi
mimpi indah, mimpi aku dan dia
seperti mimpi milik kami berdua
dan ternyata kini mimpi itu
hanya sebuah mimpi disiang hari
mengangankan yang tidak pasti

Diri, mengapa harus ada kenangan
yang membawa seribu keresahan
mengelirukan perasaan, fikiran
membutakan perasaan pada yang lain
pada dunia, pada manusia - segalanya bergelar insan.

Dan malam ini menyaksi
aku sendirian diri
mengenangkan kisah yang pergi
mambalut luka
setelah kau tiada
dan malam ini juga aku mengerti tentang hati
resah dalam mengingati insan yang
tiada mengetahui tentang diri

sesungguhnya aku merindui pada saat itu
walaupun kau jauh, hati ku tetap tersentuh
... melihat wajah
... terdetik hatiku untuk mengenali
seorang yang benar-benar ku sanjungi
hati budi dan perasaan

Setelah ku mengenali tak ku sangka begini
kenrinduan menjelma dalam diri
membebankan hati
namun, terimakasih ku ucapkan pada mu insan
kerana pertemuan tidak menjanjikan kesejahteraan
dan kerana membiarkan aku mengerti

Hati, aku harap kau tabah dalam menghadapi
dugaan dan rintihan perasaan
dalam aku mengenal erti sebuah ikatan
... persahabatan
agar dia juga mengerti perasaan hati
.. aku sendiri, aku sepi
menunggu khabar berita
dengarkan dariku
moga kau sahut sapaanku.

Kulim,
Feb 22, 1995

8. Pancaindera (suara)

Pada suatu ketika
apabila hati bersuara
dimana letaknya hak kita
untuk berbicara

Pernah suatu ketika
jiwa bersenda
tentang hati retak
dingin... mendadak

dan pada suatu ketika pula
apabila kita bicara
hati dan jiwa yang terluka
lalu bahasa menjadi bisu
kerana lidah menjadi kelu

suatu ketika nanti
apabila bahasa bersuara
lidah lancang berkata
dimana hak kita
dalam hal memperkata
tentang hak
dan tanggungjawab mereka

Kulim, 15.02.1995

Tuesday, August 24, 2010

7. Sanjunganku Berubah/Keduanya

Seperti kehilangan tongkat
kehilangan tempat bersandar
sukar mencari pengertian
selain dia
sayang hanya sementara
kasihku padanya, sayangku buatnya
seperti hujan yang reda
setelah ribut, banjir
bencana melanda,

Mengerti, untuk itu adalah sukar
kerana aku bukan dia
apa yang dirasa tak sama
hanya simpati dan belas
bersama harapan, agar dia tabah
menghadapi,

Hanya itu yang dapat ku beri kerana aku juga
manusia seperti juga dia
diri, aku terus begini, menanti suria terbit sekali lagi
meneruskan apa yang belum pasti
kerana hidup sudah pasti diteruskan
walau waktu terhenti
kecuali ajal

SMSB, 1994/1995

6. Dia Belum Mengetahui

An..
Pertemuan ini ku abadikan
pada kisah dan minda
agar ia menjadi suatu yang istimewa
buat renungan hari yang mendatang
agar berfikiran matang
lebih mengenali asal budi dan perbuatan.

An..
Perkenalan ini ku semadikan
pada hati dan tinta
agar ia menjadi ingatan dan tanda
terjalinnya hubungan antara kita
betapa aku mengenalimu
lebih dari kau mengenali diri ini
kerana bagiku kau istimewa.

An..
Kisah dan puisi ini ku cipta
pada semua bergelar manusia (sahabat)
agar kalian mengetahui
kebenaran disebalik kisah ini

.... sesungguhnya dulu aku meminati
.... pada raut wajah dan rupa
.... kini ku mengenalinya
.... tiada lain yang ku rasa antara hubungan ini
.... selain kasih sayang saudara.

Kulim,
Feb, 1995
SMSB

Monday, August 23, 2010

5. Sepi Malam

Mengamit perasaan
sayu dan mendambakan
ku sendiri bertemankan cahaya bulan
bersama sunyinya malam
angin bertiup menghembus riang
membawa kembali kenangan
saat dulu, saat itu
betapa sunyinya hatiku

malam kini berlalu pergi
aku masih sendiri
mengenang riwayat hati
pedih.

perjalanan masa berlalu
menjadi siang malam
membawa aku kembali ke alam nyata terang
meniti garisan hidup
meneruskan, kesempatan
menuju kesempurnaan

kepada yang dikasihi
ingatlah pada diri
kepada yang merindui
dirimu ku ingati

terimakasih atas pertemuan
terimakasih atas perpisahan

pertemuan satu ikatan
kekalnya..
antara Tuhan

Siang, malamku kembali
kepada diri
menemani malam yang sunyi
berbingkai mimpi-mimpi
esok, siangkan datang lagi
menghadapi realiti.

SMSB, Kulim
08.02.1995

4. Persoalan (Kenapa)

Perlukah ku terus bertanya
Pada jawapan yang tak pasti
yang memungkinkan soalan sekali lagi

Perlukah ku menanti
saat itu kembali
kerana detik, berlalu pergi

Perlukah ku menyapa
sepi yang berada dihadapan
agar hati tidak sunyi
kekosongan menemani

Perlukah ku terus berada dalam angan-angan
yang hanya satu mainan fikiran

Kulim,
AN, 13.12.1994 12.30pm

3. Terima Kasih atas Segalanya

An..
Disini aku bertemu
sesuatu yang tak pernah ku ketahui
suatu yang aneh dan istimewa
dan cuma ianya aku yang merasai
sentuhannya
berbahang dan dingin.

Siti..
disini juga aku bertemu
sesuatu yang ku cari dulu
ikatan yang kukuh lagi utuh
dan cuma ianya aku yang tahu
tangisannya
berdebu dan sengsara.

N.. (Anne)
Disini juga aku bertemu
suatu yang ku impikan
suatu nilai tandingan
suatu ikatan persahabatan
sesungguhnya engkaulah pengubat
dikala sepi menyapa diri.

Nor..
Disini aku menemui
diri kerdil sebesar hatimu, kau ku sanjungi
anehnya, kau begitu
tangisan dan kegembiraan kau satukan
aku ingin jadi sepertimu
aku ingin sunyi sepertimu - tenang
tabahkan dirimu untuk berdiri
Nor', sesungguhnya dunia perlu juga

dan Manusia..
terima kasih atas segalanya
kerana membuka hati
yang selama ini tertutup

hati..
kau harus menerima
kenyataan dan kekhayalannya
menemui kehidupan dan kematian.

Kulim,
18.10.1994 11.10pm

Friday, August 20, 2010

2. [no title]

Penghujung dan permulaan
mati ditikam darah mengalir
laksana pacarhina
tinggi diawan tiada tercapai
rendah dibumi tiada tersentuh
satu detik bermula jauh
dilubuk hati kisah bertaut
teruna dara dapat dipaut
lahirnya insan setitik darah
berputik dihati ibu
masak di mata dunia
layu akibat lalai..
Akibat tiada perlindungan
disanjung di puja serta dihina
mutiara tersemat dihati
budi disemai sejahtera moga hidupnya
walau berlari walau berhenti
akan tiba ia jua

Feb 1993, SMSACK

Thursday, August 19, 2010

1. Persahabatan

Demi masa dan waktu
aku turuti langkahmu
bagi aku itu satu
perit payah yang akan ku rempuh
bersama bersandarkan kesabaran
ujian dan cabaran
hidupnya seorang insan

Demi masa dan kemegahan
kau lupa
bahawa diri ternoda
oleh dosa kota
selamba kau mengejar harta
dunia yang sementara..

demi kasih dan sayang
aku masih disini
melayar impian seluas lautan harapan
yang kaku mencoret luka hati
engkau ditewaskan lagi

dalam kemegahan
terselit ketabahan
dalam arakan awan melingkari langit biru
kau teruskan langkahmu

SMSACK, Akhir 1993

1st Entry

Collection from yr 1993 'til recent