Tuesday, August 31, 2010

12. Yang Unik itu Sememangnya Pelik

Semalam mereka berbisik
aku seorang yang aneh..
esoknya mereka berkata
aku seorang yang unik

Sebenarnya aku tiada siapa yang tahu
kenapa aku aneh dan unik
kenapa aku unik dan aneh

Mereka kata fikiranku berlainan
mereka cakap, perkataaan tidak mudah dipaham
mereka sebut aku tidak terus terang
mereka menyatakan aku tidak tenteram

Sebenarnya aku seorang pendiam
cuma hatiku yang suka berdiam
hati yang telah lama diam terusik
maka tidak tenteramlah ia
jiwa yang dulu tenang, kini gelora dengan gelombang..
datang dari seorang insan
pembawa malapetaka
racun pada manusia
yang baru mengenal dunia

Mereka nasihatkan aku
dengan madah dan lagu-lagu
indah dan syahdu
tapi untuk apa itu

Sendiri merasa, sendiri merana
kerana yang unik itu sememangnya aneh
aku sendiri tiada mengerti

Kulim, 25.05.1995

Monday, August 30, 2010

11. Hari Terakhir Aku Menantimu

Semalam kau masih disini
tenggelam dalam cahaya suram
menanti malam bertamu siang..

Hadirmu masih ku terasa
sepi menjadi ria
tuturmu menjadi kata

Dan malam itu, aku sendiri
seperti setiap kali senja
menyambut salam pagi

Kemana pergi bicaramu teman
ku sendiri, kekeluan
menahan kedu kehilangan
emas sejuta
dilangit pagi

SMSB,
May 1995

Thursday, August 26, 2010

10. Penumpang Tua

Suatu petang yang gerimis
ditengah kesibukan manusia
sepasang roda berputar
menghela tar yang berbahang

meniti keringat tua
mengayuh... demi sebuah rezeki
kurnia dari Ilahi

Beca tua arah tujuan
payung hitam robek titisan hujan
panjang usia sepanjang jasanya
membawa setiap insan yang mencari keselesaan

"Terima Kasih",
Manusia, insan dan saudara
sumbangan dan kesudian
"Aku rela"

"Hujung Tanjung",
"Rumah siapa"?,
"cucu"
"anaknya"
Rapat mata menutupi jawapan yang bakal tiba

Dua insan, tuanya sebaya
menongkah jalan raya dengan tujuan berbeda
namun hati tiada siapa yang tahu

Menanti, turut sama menanti
merindu, turut sama merindu
menagih, sama-sama menagih
cuma yang membezakan
"Aku penumpang, engkau pembeca"
"Tua kita sama"

Kulim,
25.05.1995 11.17pm

Wednesday, August 25, 2010

9. Seketika Aku Bermain Dengan Perasaan

Saat ini, aku sendiri
melayani hati yang sepi
meningati hari yang berlalu
yang mana kenangan itu masih segar diingatan

Setiap detik seperti mimpi
mimpi indah, mimpi aku dan dia
seperti mimpi milik kami berdua
dan ternyata kini mimpi itu
hanya sebuah mimpi disiang hari
mengangankan yang tidak pasti

Diri, mengapa harus ada kenangan
yang membawa seribu keresahan
mengelirukan perasaan, fikiran
membutakan perasaan pada yang lain
pada dunia, pada manusia - segalanya bergelar insan.

Dan malam ini menyaksi
aku sendirian diri
mengenangkan kisah yang pergi
mambalut luka
setelah kau tiada
dan malam ini juga aku mengerti tentang hati
resah dalam mengingati insan yang
tiada mengetahui tentang diri

sesungguhnya aku merindui pada saat itu
walaupun kau jauh, hati ku tetap tersentuh
... melihat wajah
... terdetik hatiku untuk mengenali
seorang yang benar-benar ku sanjungi
hati budi dan perasaan

Setelah ku mengenali tak ku sangka begini
kenrinduan menjelma dalam diri
membebankan hati
namun, terimakasih ku ucapkan pada mu insan
kerana pertemuan tidak menjanjikan kesejahteraan
dan kerana membiarkan aku mengerti

Hati, aku harap kau tabah dalam menghadapi
dugaan dan rintihan perasaan
dalam aku mengenal erti sebuah ikatan
... persahabatan
agar dia juga mengerti perasaan hati
.. aku sendiri, aku sepi
menunggu khabar berita
dengarkan dariku
moga kau sahut sapaanku.

Kulim,
Feb 22, 1995

8. Pancaindera (suara)

Pada suatu ketika
apabila hati bersuara
dimana letaknya hak kita
untuk berbicara

Pernah suatu ketika
jiwa bersenda
tentang hati retak
dingin... mendadak

dan pada suatu ketika pula
apabila kita bicara
hati dan jiwa yang terluka
lalu bahasa menjadi bisu
kerana lidah menjadi kelu

suatu ketika nanti
apabila bahasa bersuara
lidah lancang berkata
dimana hak kita
dalam hal memperkata
tentang hak
dan tanggungjawab mereka

Kulim, 15.02.1995

Tuesday, August 24, 2010

7. Sanjunganku Berubah/Keduanya

Seperti kehilangan tongkat
kehilangan tempat bersandar
sukar mencari pengertian
selain dia
sayang hanya sementara
kasihku padanya, sayangku buatnya
seperti hujan yang reda
setelah ribut, banjir
bencana melanda,

Mengerti, untuk itu adalah sukar
kerana aku bukan dia
apa yang dirasa tak sama
hanya simpati dan belas
bersama harapan, agar dia tabah
menghadapi,

Hanya itu yang dapat ku beri kerana aku juga
manusia seperti juga dia
diri, aku terus begini, menanti suria terbit sekali lagi
meneruskan apa yang belum pasti
kerana hidup sudah pasti diteruskan
walau waktu terhenti
kecuali ajal

SMSB, 1994/1995

6. Dia Belum Mengetahui

An..
Pertemuan ini ku abadikan
pada kisah dan minda
agar ia menjadi suatu yang istimewa
buat renungan hari yang mendatang
agar berfikiran matang
lebih mengenali asal budi dan perbuatan.

An..
Perkenalan ini ku semadikan
pada hati dan tinta
agar ia menjadi ingatan dan tanda
terjalinnya hubungan antara kita
betapa aku mengenalimu
lebih dari kau mengenali diri ini
kerana bagiku kau istimewa.

An..
Kisah dan puisi ini ku cipta
pada semua bergelar manusia (sahabat)
agar kalian mengetahui
kebenaran disebalik kisah ini

.... sesungguhnya dulu aku meminati
.... pada raut wajah dan rupa
.... kini ku mengenalinya
.... tiada lain yang ku rasa antara hubungan ini
.... selain kasih sayang saudara.

Kulim,
Feb, 1995
SMSB

Monday, August 23, 2010

5. Sepi Malam

Mengamit perasaan
sayu dan mendambakan
ku sendiri bertemankan cahaya bulan
bersama sunyinya malam
angin bertiup menghembus riang
membawa kembali kenangan
saat dulu, saat itu
betapa sunyinya hatiku

malam kini berlalu pergi
aku masih sendiri
mengenang riwayat hati
pedih.

perjalanan masa berlalu
menjadi siang malam
membawa aku kembali ke alam nyata terang
meniti garisan hidup
meneruskan, kesempatan
menuju kesempurnaan

kepada yang dikasihi
ingatlah pada diri
kepada yang merindui
dirimu ku ingati

terimakasih atas pertemuan
terimakasih atas perpisahan

pertemuan satu ikatan
kekalnya..
antara Tuhan

Siang, malamku kembali
kepada diri
menemani malam yang sunyi
berbingkai mimpi-mimpi
esok, siangkan datang lagi
menghadapi realiti.

SMSB, Kulim
08.02.1995

4. Persoalan (Kenapa)

Perlukah ku terus bertanya
Pada jawapan yang tak pasti
yang memungkinkan soalan sekali lagi

Perlukah ku menanti
saat itu kembali
kerana detik, berlalu pergi

Perlukah ku menyapa
sepi yang berada dihadapan
agar hati tidak sunyi
kekosongan menemani

Perlukah ku terus berada dalam angan-angan
yang hanya satu mainan fikiran

Kulim,
AN, 13.12.1994 12.30pm

3. Terima Kasih atas Segalanya

An..
Disini aku bertemu
sesuatu yang tak pernah ku ketahui
suatu yang aneh dan istimewa
dan cuma ianya aku yang merasai
sentuhannya
berbahang dan dingin.

Siti..
disini juga aku bertemu
sesuatu yang ku cari dulu
ikatan yang kukuh lagi utuh
dan cuma ianya aku yang tahu
tangisannya
berdebu dan sengsara.

N.. (Anne)
Disini juga aku bertemu
suatu yang ku impikan
suatu nilai tandingan
suatu ikatan persahabatan
sesungguhnya engkaulah pengubat
dikala sepi menyapa diri.

Nor..
Disini aku menemui
diri kerdil sebesar hatimu, kau ku sanjungi
anehnya, kau begitu
tangisan dan kegembiraan kau satukan
aku ingin jadi sepertimu
aku ingin sunyi sepertimu - tenang
tabahkan dirimu untuk berdiri
Nor', sesungguhnya dunia perlu juga

dan Manusia..
terima kasih atas segalanya
kerana membuka hati
yang selama ini tertutup

hati..
kau harus menerima
kenyataan dan kekhayalannya
menemui kehidupan dan kematian.

Kulim,
18.10.1994 11.10pm

Friday, August 20, 2010

2. [no title]

Penghujung dan permulaan
mati ditikam darah mengalir
laksana pacarhina
tinggi diawan tiada tercapai
rendah dibumi tiada tersentuh
satu detik bermula jauh
dilubuk hati kisah bertaut
teruna dara dapat dipaut
lahirnya insan setitik darah
berputik dihati ibu
masak di mata dunia
layu akibat lalai..
Akibat tiada perlindungan
disanjung di puja serta dihina
mutiara tersemat dihati
budi disemai sejahtera moga hidupnya
walau berlari walau berhenti
akan tiba ia jua

Feb 1993, SMSACK

Thursday, August 19, 2010

1. Persahabatan

Demi masa dan waktu
aku turuti langkahmu
bagi aku itu satu
perit payah yang akan ku rempuh
bersama bersandarkan kesabaran
ujian dan cabaran
hidupnya seorang insan

Demi masa dan kemegahan
kau lupa
bahawa diri ternoda
oleh dosa kota
selamba kau mengejar harta
dunia yang sementara..

demi kasih dan sayang
aku masih disini
melayar impian seluas lautan harapan
yang kaku mencoret luka hati
engkau ditewaskan lagi

dalam kemegahan
terselit ketabahan
dalam arakan awan melingkari langit biru
kau teruskan langkahmu

SMSACK, Akhir 1993

1st Entry

Collection from yr 1993 'til recent