Tuesday, August 31, 2010

12. Yang Unik itu Sememangnya Pelik

Semalam mereka berbisik
aku seorang yang aneh..
esoknya mereka berkata
aku seorang yang unik

Sebenarnya aku tiada siapa yang tahu
kenapa aku aneh dan unik
kenapa aku unik dan aneh

Mereka kata fikiranku berlainan
mereka cakap, perkataaan tidak mudah dipaham
mereka sebut aku tidak terus terang
mereka menyatakan aku tidak tenteram

Sebenarnya aku seorang pendiam
cuma hatiku yang suka berdiam
hati yang telah lama diam terusik
maka tidak tenteramlah ia
jiwa yang dulu tenang, kini gelora dengan gelombang..
datang dari seorang insan
pembawa malapetaka
racun pada manusia
yang baru mengenal dunia

Mereka nasihatkan aku
dengan madah dan lagu-lagu
indah dan syahdu
tapi untuk apa itu

Sendiri merasa, sendiri merana
kerana yang unik itu sememangnya aneh
aku sendiri tiada mengerti

Kulim, 25.05.1995

No comments:

Post a Comment