Wednesday, December 29, 2010

74. Indahmu Tiada Bandingan 'Bulan'


Dari jauh dudukmu
dekat disisi
lekat, dihati

Dari tinggi dudukmu
rendah disisi
semat, dihati

Engkau, Indah
engkau, Menawan
pesona cinta
damai dijiwa
terpukau rasa
mana yang hiba
mana yang kecewa
mana yang hampa

Jauh, Menanti
tinggi, Menunggu
pada engkau

Pergi ku nanti
datang ku tunggu
itulah engkau

Seindah kejadian
kupuja kecantikan
selama ingatan buatmu . . . bulan

26.06.1999,
Kulim

Wednesday, December 22, 2010

73. Dunia Orang Lain

Semua, semua rasa aku
telah kau buang
walau merobek cita
walau mencecah duka
telah aku buang
bersama marah rasa
yang bersarang dijiwa
namun tetap bersisa
dikikis begitu saja
oleh masa
lalu menjadikan aku
seorang yang tak pernah endah. Pedulikan.

Dimana diri
perlukan kekuatan
sedemikian untuk hidup
dalam dunia orang lain
kerana tempat aku disitu
cuma sebuah kapal kertas
dilaut luas
karam aku kerana laut
karam aku
hanya kerana sebuah kapal kertas.

Aku pedih, pedih yang sendiri
pedih yang meracun hati
bukan kerana luka di tangan
tapi luka didalam hati
sabar hanya sebagai teman
pasrah sebagai ketenangan diri
yang hanyut dalam dunia orang lain
membuahkan benci.

26.05.1999

72. Segala Itu Datang Dari Engkau

Bila masa tiada
kita rasa jauh
bila masa ada
kita rasa lagi jauh
kenapa ya?

Tapi, itu bukan masa
masa berperanan
kita punya watak
sedih, suka atau terusan
ketawa
watak itu yang paling penting
sepenting ketawa dalam watak

Tapi, bila masa menjadi watak
pada persembahan kaku kita
maka kita semakin dekat
sebab masa pandai mencuri
hati kita bila dipenuhi masa
dan bijak pula memberi
hati bila kita tidak punya masa
maka kita semakin jauh

ya, itulah keterlupaan dan
keteringatan pada masa
yang ada dan tiada

17.05.1999

Untuk seorang yang mengenali dan pernah mendgr rintihan hati, padamu ku curah segala, kerana segala itu datang dari engkau..

Tuesday, December 21, 2010

71. Kecewa

Terima ini
bermakna rela
pasrah ini
bermakna suka
sanggup itu
bermakna mahu
ingin itu
bermakna . . .

Tapi kalau
menolak
bererti langgar
langgar membawa
korban
korban membawa
binasa
binasa boleh jadi kecewa

Kecewa kerana
menolak
kecewa kerana
tidak sanggup
kecewa kerana mempertikai
kecewa kerana
tidak dapat

Lalu kecewa menjadi korban
ketidaksanggupan menghadapi realiti
bukan untuk diri sendiri . . .

17.05.1999

Monday, December 20, 2010

70. Yang Tiada Pada Mereka

Dan aku cukup tidak mengerti
bila diperkata
dengan kata-kata berbaur dengki
cukup untuk menghina
cukup untuk menyakitkan hati
tetapi tidak cukup akal untuk menilai
perasaan
suka atau tidak
tapi aku juga tidak pasti
kekurangan dan kelebihan
setiap orang disisi Tuhan
keadilan tak dapat dipertikai
untuk apa merungut, untuk apa?
sebuah cerita yang sia-sia
mereka pasti tiada apa
yang boleh dibangga
kerana nista terpancar
disetiap wajah
hitam, kotor dan jijik
itulah mereka
menghina dan mencebik
yang tiada pada mereka
tapi ada pada orang lain

17.05.1999

Tuesday, December 14, 2010

69. Sesuatu Yang Hanya Untuk Aku

Mengenali sastera
menjadikan aku pemikir
mengunyah sesuatu
bagi menghancurkan pengertian
jika sulit mengungah
sulit juga untuk mengerti

Juga seperti mengupas
melihat isi dilapisan kulit
rasa mengenal
fikir mengesahkan
zahir memujuk
indah untuk rasa
nikmat untuk fikir
kesan untuk zahir

Tapi, tanpa pengamatan
tanpa penghayatan
tanpa perasaan mengalami
sumber hilang
ilham hilang
rasa hilang
tiada lagi satera

Pemikir
dari mula bersumber
meniti pengalaman
beriring pengertian
pengajaran
membuahkan sesuatu yang subur
berkualiti . . . tapi

Pokok yang masih berselindung sastera
membalikkan daun diterbang
angin insan
manusia yang dapat menerima
manusia yang dapat memberi
sastera tetap tidak dapat
membezakan manusia
dari terus menjadi manusia..
samaada manusia pemikir
atau manusia pemutus
kerana sastera itu sendiri
manusia..
contoh dari kehidupan

12.05.199, Kulim

Note: Timbul dari kesedaran membaca sebuah novel coretan Tan Sri A Samad Said - Daerah Zeni - SATU DAERAH ASING, TANPA SEMPADAN, TANPA BATASAN: BEBAS

Monday, December 13, 2010

68. Juga dari Novel STDKG: Untuk yang Mengerti

Hayati dan fahamilah
rentak kehidupan
moga-moga nkau mengerti
dalam penerimaan
ranjau
. . . orang lain
. . . mereka
. . . & diri sendiri

Kita ini manusia
yang membentuk
dan dibentuk
dikarang bukan untuk lagu
bukan dengan irama
tetapi perjalanan
penentuan
menentukan
& ditentukan

Asu-15.12.1999

67. Untuk Novel 'Seorang Tua Dikaki Gunung


Penuh semak dan rimba fikir
berceracak angan
Berjajaran impian
bagi pohon hijau mendapang
angin sendu & rindu
pada mereka anak dan cucu-cucu

Misteri Kasih
ngeri sayang
dendam
cinta
rindu
menjadikannya seorang penunggu
rimba ingatan

Resah yang melanda
bimbang yang ketara
suka yang menghela
duka yang mengundang
sengsara jiwa
rintih kasih
rintih sayang
dari sebuah kefahaman
dan keikhlasan
yang tak terungkap

Lalu terbitlah matahari sepi
disudut jiwa yang kering
lalu basahlah cinta, dari telaga sayang
menitik menjadi hujan
dikaki gunung yang suram

1999

Sunday, December 12, 2010

66. Suatu Cerita Dibalik Kenyataan (Selamat Hari Raya)

Ditanah sepi ini
aku mengerti
sesuatu yang bukan pilihan
untuk berdiri atau duduk

Dihalaman asing ini
aku juga tahu
bukan hari ini atau esok
untuk sementara atau selamanya

Ibu,
kalungkan rindu dileher masa
manik kasih bersinar jiwa
susunan mesra
jalinan rasa
cinta manusia

Ibu,
disini sepi, disini duka
sepi suka pengubat langkah
terasing dirantau
menuntut keringat
untuk harapan yang tak ketahuan

Dan Ibu,
disinilah aku
bersama waktu dan ketika
yang adakalanya seperti mengusik
misteri kasihmu
ngeri cintamu
yang makin menyeram dilubuk hati yang dalam

Disini juga Ibu
suatu cerita disebalik kenyataan
sungguh rindu
ku tinggal jauh disudut
sebuah pengharapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
25.12.1998,
Taman Jati.

Monday, December 6, 2010

65. Di Taman Ini

Lapang dan kaku
sepi seketika pada mereka
yang tinggal . .
dalam gerak laku

Cantik dan indah
dalam suasana
banyak terluang
banyak terbuang

Di taman ini
terasing seorang
tersisih sendiri

Dan di taman ini
tinggal sepi
ada mimpi
punya hati

1999, Taman Jati