Thursday, March 31, 2011

119. Rindu Yang Berulang

Rindu, rindu yang ketara
didaunan rasa
ditiup angin sepi
dikejauhan ini

Bagai, bagai tiada lagi
haruman kasturi
mewangi taman indah
ria yang berpindah

Pergi, pergi tiada kembali
membawa mimpi-mimpi
bagai tiada erti
yang menyingkap makna

Lalu harapan ditinggalkan
disebuah desa penantian
jauh dipedalaman
sekali, bukan

25.11.2011

Tuesday, March 29, 2011

118. Rindu Yang Terkorban

Namun rindu tak segagah mana
mempertahankan kedudukan
membolehkan jiwa goyah
dimedan perasaan

Sesungguhnya rindu mampu
menguburkan kesatria hati
menangkis panahan sepi
mesra, ceria yang terkubur, gugur

Namun rindu masih tidak berdaya
menyatakan yang mimpi
mengiakan yang bukan
kerana rindu masih disini
berperang dengan perasaan
dimedan, penuh penantian..

25.11.2001

117. Diri Aku Sendiri

Disisi hanya dia
tak bersuara
diam,tidak berkata
menemani

Walau bersama terasa sunyi
sepi yang seringkali terasing

Tika dan waktu
bagai bersatu
menghambat pergi suasana

'Entah' pada kesudahan
yang memilukan
'pasti' pada cerita hati
berpaksi didalam

11.11.2001

116. Seketika Berbicara Denganmu

Bagai ada sesuatu
yang memaut harapan
diranting-ranting rapuh
menunggu detik dan ketika

Bagai ada sesuatu
menyelubungi rasa
kelam segalanya

Bagai ada sesuatu
meruntun,
menarik,terikat

Bagai ada sesuatu
tanpa kata,
tanpa bicara
yang mengetahui hanya aku

Seketika berbicara denganmu
menjadikan rindu,tiada sudah

06.11.2001

Thursday, March 17, 2011

115. Seorang Wanita Kuno di Sebuah Zaman Moden

Tahu tidak bererti pandai
pada segalanya
naif tidak bererti bodoh
pada ketikanya
yang datang dan berlalu

Mati akal tidak bermaksud dungu
dan celik akal tidak pula bermaksud bijak
pada asalnya . . .
Patuh pula tidak bererti akur
langgar bukan melawan
kadang kelemahan itu pada perasaan
antara pilihan dan ketentuan

Diam tidak bermaksud terima
ingkar tidak bermaksud menolak
cuma kadangnya kebenaran terlindung
dibalik keangkuhan dan keegoan

Malah, berkata itu tidak bererti derhaka
walau dengan berdiam sudah pasti berdosa

Jadi apa hak wanita
yang kadangnya rela menjadi lelaki
daripada lelaki yang tergolong dalam dunianya
dimana wanita itu kuno, yang telah hidup
dizaman moden laki-laki

24.09.2001

Wednesday, March 16, 2011

114. Rasa dirimba Hati yang Berserabut di kepala

Perginya sebuah perasaan
ditinggal desa-desa sepi
dari perjalanan panjang
yang menjengok realiti

Kisahnya berulang tayang
didaunan waktu
mengembang cerita kepalang
sedikit bukan sesingkat waktu

Yang tinggal didesa-desa sendu
dikaki gunung sengsara
bertaut dirimba rindu
jadi punca semuanya pekara..

27.08.2001

113. Dia

Yang dulu harapan
yang dulu impian
yang dulu . . .
kini, cuma amarah
cuma menyampah
kini . . .

Kini atau dulu, tetap begitu
mempermainkan dan dipermain perasaan
menjadikan sekarang benci
membuahkan sekarang kecewa
membenihkan sekarang hampa
dan menusukan rindu palsu
pada cinta semalam
yang ditinggalkan
dengan satu pengungkapan

02.08.2001

Usah bersedih kerana manusia, sedang kita sendiri manusia yang punya rasa dan perasaan . . .

Tuesday, March 15, 2011

112. Saat, waktu


Tiap saat & tiap waktu
ada dirimu
tertayang, berulang

Tiap saat & tiap waktu
ada wajahmu
terpandang, terpampang

Tiap saat & tiap waktu
ada suaramu
terdengar membisik, terusik

Tiap saat & tiap waktu
adanya rasa terhadapmu
disetiap saat
disetiap waktu

25.07.2011

Wednesday, March 9, 2011

111. Le

Puas sudah bertanak nasi
terhidang dingin diruang perasaan
puas sudah hati menanti
bilakan tangan bersalam tangan

Sudah kering air tempayan
geluk sudah berganti baldi
apakah kering rasamu tuan
kian dahaga hilang dihati

Bertemu mendung dilangit merah
petanda ribut akan melanda
mimpi, khayalan semua ku serah
padamu jua harapan berada

Kemana pergi haruman bunga
kumbang berterbangan bersahaja
kemana pergi ingatan yang lama
terkubur, tertanam dimakam masa

Sungguh rindu diantara cinta
berpaksi rasa berlantai ingin
sungguh benar antara kita
hati kita, kenapa dingin?

Berpantun sudah bermadahpun sudah
bila sebenar cerita bermula?

17.07.2001

110. Ketika yang Datang

Nanah yang bersarang
dibukit-bukit hati
menjadi lahar-lahar
memuntahkan bisa-bisa
dari racun sebenar

Padah yang menimpa
dari langit-langit balasan
menjadikan hujan-hujan
kesalan, sesalan
dari hukum sebenar

Pamah yang menadah
becak yang menakung
bisa . . .
racun . . . dan
lahar
adalah satu natijah
mengkhusutkan jiwa
pada ketika

26.06.2001

Tuesday, March 8, 2011

109. Dunia yang entah apa-apa

Aku,
terkurung dalam rasa yang jauh
bebas dalam sangkar tanpa sempadan
didaerah aku
negara diri

Aku . . .
berlari di awan angan
berterbangan di daratan mimpi
terpulau ditanah besar
terpinggir di pulau kecil

Aku . . .
seringkali tertewas
kalah dan menyerah
pada kuasa besar, maha
segalanya . . .

Aku,
tidur dalam jaga
sedar dalam lena
leka dalam alpa
sendiri-sendiri

Aku yang bebas berlari
diserata negeri
dalam dunia yang entah apa-apa
yang mengerti . . . tiada.

30.04.2001

108. Takdir

Kadangnya aku rasa
hati begitu jauh
meninggalkan

Apabila ada pekara
yang memaksa diri

Dan tidakpun
sunyi menyapa keriuhan
pada peristiwa dingin
yang kaku diantara masa

Sudahnya, yang pergi itu
selamanya
menyaksikan suara
yang bisu
kabur pada lihat
tuli pada dengar

kerana ianya hanya sebuah
'takdir'
yang belum

23.04.2001

107. Semangat

Setelah pergi sengsara
kini tiba gembira
diantara sempadan
jiwa yang terasa

Setelah kembali suka
apabila perginya duka
diantara waktu-waktu
yang terasa

Dan, dari sempadan-sempadan
bermulanya perkara
tanpa suka atau duka
yang pasti
titik-titik terhenti dihadapan
Dan, apabila titik disambung
untuk sebuah perjalanan panjang
kita akan kembali
dari penghujung ke permulaan

Memulakan sesuatu diakhir
penghujungan
menamatkan sesuatu
dengan satu permulaan (baru)

12.03.2001

Monday, March 7, 2011

106. "Mungkin"


Ketentuan . . .
yang datang bersama pergi
meninggalkan sesuatu (kenangan)
membawa sesuatu (harapan)
Hati . . .
bijak mentafsir makna
yang bukan benar
yang bukan pasti
makna dari perasaan
Pasti . . .
tidak semudah andaian
tidak berlangsung pilihan
tidak muncul kebenaran
bagi makna yang tertafsir
tidak . . .
Benar atau palsu
antara pilihan dan ketentuan
yang mungkin dan berkemungkinan
12.03.2001

105. Yang tidak Pasti

Aku tentu tidak setanding
jadi apa yang engkau cari
kata dusta dari benarnya engkau
kata palsu dari sungguhnya engkau

Diam dalam dunia pura-pura
dunia palsu
ada angan dan ada mimpi
(indah mimpi tidak seindah realiti)
bahagia didusta tidak sederita kebenaran
kita tahu, sekurang-kurangnya

Bukan kepalsuan dibalik angan-angan

semoga engkau mengerti, lelaki
(begitu mudah melafazkan, tidak semudah melaksana)
apapun, hati ini terasa
dan membawa harapan
yang tiada pasti

12.03.2001

104. Sesuatu itu adalah Kenangan

Dalam waktu ia bertemu
berlalu pergi bersama masa
meninggalkan sesuatu, pada rasa. Pada hati

Sesuatu itu adalah nilai
memberi harga kepada kehidupan
unutk sesuatu yang tiada ternilai
dengan sesuatu . . .

Diri, setiap sesuatu memiliki
dari perjalanan hidup
menjadi sesuatu
diam dijiwa
tinggal dihati
bersemadi menjadi kenangan

terima kasih teman, kerana kesudian kalian, terima kasih semua kerana telah menjadikan aku sesuatu

23.02.2001
* a dedication to all my fren & to my 'tok', 'Yana's tok': semoga dicucuri rahmat ke atas keduanya.

103. [no title]

Berlalunya waktu
tak mungkin kembali
perginya masa
tak mungkin bersua

yang tinggal hanya cerita manusia
dirinya

Kalut yang meresahkan hati
bimbang yang menakutkan jiwa
kesal yang merunsing fikiran
jadi buntu akal.

. . . unfinished poem . . .

Thursday, March 3, 2011

102. Ianya cuma Aku

Dari gelak tawa
adanya sengsara
bersarang
menetaskan duka
terperam sekian lama

Dari tawa ria
adanya kecewa
berbenang
dari selembar luka
tersulam sudah lama

Dari senyum manis
adanya sendu
terpamer garis resah
dari calitan kesah
lukisan hidup

dari kata
terluah . . .
adanya rasa terpendam

21.01.2001

Wednesday, March 2, 2011

101. Untuk

Ku rasa,
baru kelmarin kita berselambut
dan hari ini kita berguli
dan esok engkau bercongkak
habih, aku tak pandai bercongkak..
tak perlu lagi kita bermain

dan aku dapati
baru kelmarin kita ketawa
baru kelmarin juga kita berduka
tapi hari ini berbeza
engkau ketawa, engkaulah gembira
ada beza?
cuma kita berdiri sebagai manusia

Kelmarin atau hari ini
atau mungkinnya esok
tiada lagi kita lalui
jalan perjalanan
dan jadikan kelmarin . . kenangan
hari ini pegangan dan esok pengalaman

cuma satu
walau esok membawa hari ini,
duka atau gembira
lalu membuahkan esok yang bugar dan ceria
masih mampu menoleh kami dibelakang,
setidak-tidaknya diri sendiri

none

Tuesday, March 1, 2011

100. Keadaan

Terlalu berliku perjalanan kita
dan begitu panjang untuk diteruskan
sudikah? . . . mampukah? . . .

Dimana fikiran
dimana haluan
menentukan arah hidup
yang penuh ranjau dan duri
duga dan sengsara

Dimana kekuatan
dimana kemampuan
andai gugur sebelum memulakan perjuangan
andai gagal sebelum kejayaan

Selak diri, selami hati
adakah ini yang terbaik
kerana ini yang terakhir
kerana ini yang mutakhir

Biar berlaku bersebab
terjadi beralasan
untuk sebuah kenyataan
yang rapuh persoalan
yang goyang pertikaian
untuk kebenaran
demi sebuah persahabatan
dua insan berlainan

Sajak yang ditujukan kepada seorang sahabat yang jatuh cinta pada wanita bukan bangsa dan agama yang sama

2000