Friday, October 21, 2011

193. [no title]

Sesungguhnya sepi itu mengajar manusia
tentang riuh rendah bila bersama
mengusik jiwa yang terasa

Sepi yang tiba-tiba hingar dengan persoalan
jiwa yang tak tenteram
dan aku lebih rela bertemankan sunyi
mengharapkan ilusi
dari diperdaya realiti
yang mana kenyataan adalah memilukan

Sesungguhnya hanya tangisan
yang mampu aku luahkan
sunyi atau sepi . . . terlalu kejam
meninggalkan derita dan riuh rendah itu sengsara
setelah sepi kembali menyelubungi.

192. Biarlah Terus Dalam Lena

Terbuai oleh bicara
manis mengusik kalbu
mengapai awan angan
terlupa bumiku pijak

Malam sepi yang dingin
merakam cerita indah
berwarna rindu
dilangit impian

Indah waktu bermimpi
dibuai manis bicara hati
ingin terus lena dibuai mimpi
harapan impian makna yang satu
terbuku dihati tertanam dijiwa

Tuesday, October 18, 2011

191. Akhirnya Aku Mengeluh Sendiri Setelah Segalanya Pergi

Telah bangkit dalam diri
adalah kesedaran
tentang hari ini dan esok
cerita hari-hari

Meraung suara menjerit
bising membingit telinga hati
menyaringkan resah dalam lagu-lagu luka
menjerkah kealpaan

Aku yang tersedar, setelah segalanya berakhir
mengeluh sendiri

Harapan yang tinggal
telah dikuburkan
cerita yang masih berbaki
telah ditamatkan
suara-suara yang menjerit-jerit
telah aku diamkan
bersisa keluhan

15.10.2005

Monday, October 10, 2011

190. Adakah Silapnya . . .

Kiranya terlah tertulis diazali . . .
seperti itu ia datang
seperti itu ia diterima
indah pada pandangan
atau buruk dengan jelingan
tetap satu kurniaan
tak perlu dikesahkan
jangan aku menjadi sebab
ketentuan kata hati
andai diri tak mengenal
nurani yang dicari-cari
hissab diri dalam muhasabah
tahu harga menilai
mahu memperdagangkan
hati-hati yang bertemu

Cermin hati
pada ukuran budi
tidak terpesong kasih
antara rindu-rindu yang terbina
dan nilai bukan ukuran
untuk perasaan
yang mahu dan menginginkan

08.10.2005

Friday, October 7, 2011

189. Soalan Perasaan

Aku,
cuma mahu bercakap, bercerita kisah hati yang menyerabutkan fikiran diketika dan saat ini. aku,
cuma ingin meluahkan, rasa hati yang kadang-kadang membuatkan fikiran jadi kalut, jadi buntu . . .

Dan aku,
mahu menghilangkan resah, gundah dihati yang sering menghimpit, memaksa aku mencari kenyataan dari ketidakpastian yang timbul dari punca pekara yang aku ingin ceritakan, aku ingin luahkan.

Bagaimana baru dapat aku katakan, apa yang tersimpan dihati.
bagaimana baru dapat aku luahkan, apa yang terpendam dijiwa.
bagaimana baru dapat aku bacakan, apa yang terbuku diperasaan.

Itu hanya perasaan, yang ingin dan merasai apa yang menganggu aku diketika ini. Perasaan ragu-ragu, ingin tahu, kepastian, kebenaran: apa yang aku mahukan.

Dan soalan itu yang berulangkali ku carikan jawapan sehingga mahu aku bercerita, berkisah dan bermadah indah. Jawapan dari setiap persoalan. Pernah dulu (pinjam kata orang) "Soalnya Hati", tapi bagi aku "Soalan Perasaan".

Tak perlu dijawab atau bertanya, jawapannya tetap tiada . .
dan yang paling perlu
usah berkesah atau bermadah, yang perlu pasrah.

12.08.2005

188. Tapi, Dah Lain

Mungkin, diketika itu
ada sesuatu
yang tidak pasti
tidak pernah mengenal
kerana itu, dulu . . .

Yang masih ada . . benci
meninggalkan kepastian
masa memastikan
diketika ini . . .

Terbukti kenyataan
terjawab persoalan

Tidak bererti maksub berubah
rindupun berpindah
kerana yang ada hari ini
hanya sebuah kesah

28.07.2005

Tuesday, October 4, 2011

187. Malaysia Dongeng

Were too sensitive to be posted in.

01.03.2002
I love my country, no one could take that from me

186. Aku Temankan (Conti)

Jangan salahkan angin
kalau cerita tak sampai
bukan sebab angin
tapi hati yang mempertikai

Wujudnya bagai tiada
terasa tapi tak dapat dilihat
suatu masa berubah haluan
mengikut rentak ketentuan

Namun, kita masih mampu
menjadikan angin-angin rindu
menderu dan mendayu
kerana aku tidak pernah lupa
siapa dan dimana
punca pekara yang meributkan

Tak reti mentafsir, deruan yang asing
tak tahu meneka, tiupan sementara
dan kini masih mencari
masihkah berbaki
angin-angin dari perubahan

25.02.2005