Thursday, November 22, 2012

367. Detik Antara Kesah

Berlalu detik-detik antara kesah
pergi meninggalkan duka
tiada lagi pengharapan
terkubur sudah impian

Berlalu pergi airmata
kering dalam pengertian
bukan kasih tak setia
kerana itu sudah ketentuan
bukan memilih, mengada-ada cerita
telahpun tertulis dalam suratan

Berlalu detik-detik antara kesah
silih berganti bertambah gundah
datang dan pergi tiada henti
bagai menanti ribut diredah

Kering sudah air dimata
mengharap bukan seperti dulu
hasrat terkandung niat yang satu
'yang datang menyalakan bunga api,
atau singgah berteduh dijiwa'
hanya mampu berserah

Berlalu detik-detik antara kesah
yang pergi, dulu
yang datang, bersedialah.

23.05.2011

Sunday, November 4, 2012

366. Pilihan

Hebahkan kenyataan
war-warkan kepastian
tiada lagi keliru
tiada lagi prasangka
timbulkan lara jiwa
mahu ditimbus kenangan dengan pengertian
kebumikan dengan penerimaan
takdir adalah ketentuan...

Antara pilihan dan ketentuan
keduanya membawa kepada takdir.

1305.2011

Thursday, November 1, 2012

365. Mood

Kenapa harus kita persoalkan
detik gundah yang sementara
sedang bahagia ada dimana-mana

Salah kita mentafsir mimpi  . . yang datang disiang hari
salah kita mentafsir realiti  . .  yang belum adanya pasti

Mungkin harapan berbunga kembang
pada kuntuman bahagia seberang
alangkah manis mata memandang
ingin dipetik dirasai sayang

Kenapa harus dipersoalkan
ketika sepi menyapa hati
kerana semua itu adalah kenangan yang dibawa pergi

11.05.2011

Tuesday, October 16, 2012

364. Lupakan

Buang semua kesah
lempar ke tepi
kebumikan mimpi
diamkan suara-suara yang menjerit itu
senyapkan suara-suara membisik
dan pinjamkan malam

Padamkan kenyataan palsu
matikan angan sementara
noktahkan segalanya
jangan diciptakan harapan
jangan dibina lagi impian
tinggalkan untuk kenangan

Lalu terbanglah bebas
kembalikan sejahtera
terima takdirnya
menghadapi dugaan
biarkan yang berlalu dengan kemaafan
biarkan begitu kesah suratan

Bangkitlah dari lamunan yang panjang
lamunan dihari siang!

03.01.2011

Tuesday, October 2, 2012

363. Secantek Mereka

Bukan menafikan, bukan irihati
pun mungkin cemburu atau menilai sesuatu
cukup untuk memberitahu

Andai diri seperti dia
atau jadi sebanding mereka
tentu akan ku terima
layanan yang serupa

Namun, tiba-tiba ku teringat
pada nikmat yang ku pertikai
kenapa mesti mengungkit
pemberian kepada seseorang
yang takdirnya telah disertakan

Terimalah dirimu seadanya
walau buruk hingga mencecah cela
kerana bagiNya hanya taqwa yang diambil kira

27.04.2011

Sunday, September 23, 2012

362. Kenapa Mesti

Hati ralat mengakui hakikat
hati mahu menafikan kenyataan
mahu menukarkan kebenaran
mahu diubah ketentuan
seberat hati menerima
namun takdir tidak dapat disanggah.

(Kenapa mesti dia, persoalan yang hanya Allah mengetahui)
18.04.2011

Thursday, September 20, 2012

361. Ingatkan Selalu..

Diselubungi suatu ingatan yang tak pernah sudah
berpaut pada harapan dan impian hidup
digenggaman atau berciciran
walau sepantas berlari tak akan mampu mengejar
walau diam membatu tak akan terlunas dibayar

Setiap kebenaran ada kepalsuan
setiap kenyataan ada ilusi
apakah peranan dan tangungjawab diri?
membuat pilihan . . . mengakui ketentuan
akan tiba ketika yang dinanti
usah bergelut dengan masa
usah bergegas dengan angan-angan
mahu dipersendakan lagi?

Dimana kesedaran diri
kemana keteguhan jiwa
akal mencari makna
jangan leka untuk meminta
jangan cepat putus asa
semua kan kembali sedia kala
ingatkan selalu..

13.04.2011

Tuesday, September 18, 2012

360. Sudahnya

Andai dikenangkan waktu yang berlalu
dapatkah diulang saat indah itu
dan lebih baik dibiarkan begitu
tiada rasa yang keliru

Andai diingatkan waktu yang telah tiada
tak mungkin dapat diulangkan mesra yang serupa
hanya menjauhkan hati pada yang haknya
menjarakkan masa pada yang menyapa

Ingin dibawa pergi rasa ini, tapi kemana tujuan
ignin ditinggalkan, masih tak keruan
dan bagaimana harus diputuskan rasa yang telah hampa

Seandainya dapat diulangi getar ketika itu
tidak akan pernah melalui sepertinya
kesilapan yang lalu dijadikan tanda
untuk dimulakan cerita seterusnya.

40.04.2011

Monday, September 10, 2012

359. Mata

MATA, lelaplah
aku perlukan istirehat jiwa

MATA, pejamkan kenangan kemarin
aku perlu temukan ketenangan memulakan hari

MATA, tutuplah bimbangku dengan kegelapan malam
selimutkan aku kedamaian untuk esok

Dan MATA, pintu segala perasaan
jernihkan semua tanggapan
agar dapat ku melihat kebesaran

Tidurku lena malam
jagaku sedar siang
tiada mimpi
tapi ada kenyataan.

05.04.2011

Wednesday, September 5, 2012

358. Kalam

Kembali ingatan pada ketika dulu
menayangkan saat suka duka bersama
mereka yang singgah berteduh dihati

Selepas hujan derita reda
pulanglah mereka meninggalkan sepi yang bukan kepalang

Namun detik-detik berakhir kesunyian
kudiamkan dengan penerimaan
yang datang dikirimkan ujian
yang pergi meninggalkan pengalaman
sedang aku kekal disitu sebagai penunggu
dan sehingga akhir kalam
aku tetap disitu
dibawah naungan takdir

28.03.2011

Tuesday, August 14, 2012

357. Rasa ini Kubiarkan Tentu

Kegembiraan yang wujud adalah dariMu
masakan bisa aku mengakuinya
masakan bisa aku menyatakannya sebagai hak
pun aku panjatkan kebesaran kurniaanMu dengan ucapan terima kasih
membenarkan aku merasai
pinjamkan aku bahagia bila tiada duka
dan jauhkan aku dari kelalaian jiwa mengingatiMu
janganlah suka ini dijadikan cabaran (ujian) untuk ku tempuh
cukuplah untuk aku kembalikan kewarasan fikiran
cukuplah untuk aku pulangkan kedukaan
yang terbit dari perasaan menyukai manusia lebih dariMu
semoga aku beroleh keberkatan dan berada dalam lindunganMu
rasa ini ku biarkan tentu.

None

Monday, August 13, 2012

356. Pekara

Kepastian tidak akan wujud
dalam keraguan
kejujuran tidak akan datang
dalam kepalsuan
tidak pantas menilai
tidak petah mentafsir
angin semilir yang bertiup rasa

Apa perlu pada kenyataan
sekiranya kebenaran ditinggalkan
apa perlu pada kemungkinan
seandainya semua sudah ditentukan

Dimana duduknya pekara harus
mahu berganding pekara patut
agar semuanya nampak jelas
tanpa ada kata-kata dusta

23.03.2011

Thursday, August 9, 2012

355. Aku Adalah Seseorang

Hitunglah dan lihatlah seseorang dalam diri
pasti mengerti, mengetahui
dunia, bukan dunia aku
hidup, bukan hidup aku
perasaan, bukan perasaan aku
tapi melibatkan orang lain
dan seseorang yang lain, yang lain dan lain dan lain
aku dalam seseorang mengerti dunia sementara
hidup seketika
apa hak manusia yang diberinama 'aku'

None

Wednesday, August 8, 2012

354. Im a Kampung Lover

Im a Kampung Lover
i live in the remote area where the development
were slow as KTMB train departure time, wait till you hate

Im the Kampung Lover
live in harmony but sometimes mesti kena jaga-jaga
even mulut macam longkang ternganga
hati tetap muafakat tu ada

Im a Kampung Lover
love the peaceful weather and angin sepoi-sepoi bahasa
dingin suasana pagi dengan kicauan burung
menitiskan embun dihujung daun

Im a Kampung Lover
who live in town but eager to felt the kampung suasana

I know my decency
and i know my jiwa raga
though im not perfect in what ever
im still a Kampung Lover

You, the Kampung Hater
mesti dah terhidu karbon dioksida terlampau banyak
sehingga meracun fikiran dan membutakan minda

09.03.2011

Tuesday, August 7, 2012

353. Monolog

Lihatlah pada bunga, 
pasti terpegun dengan kecantikan.

Lihatlah pada burung beterbangan, 
pasti cemburukan kebebasannya.

Lihat pula pada langit membiru, 
pasti terpesona dengan ketenangannya

Pasir-pasir jalan, dengarlah lelahku
angin yang bertiup, 
pogkahkan angan semalam untuk keberkatan hari ini

kocak air dijeram, 
diamkan riuh-rendah merintih
sediam matahari pagi

Monday, August 6, 2012

352. InsyaAllah

Semua itu adalah ketentuan takdir
biar berjuta silih berganti, datang menabur janji
kalau bukan janji Allah ... tiada jadi

Semua itu bukan keutamaan lagi
kubiar berlalu sedih dihati
kubiarkan duka pergi begitu saja
kerana aku pasti, telah ditentukanNya

Hanya berserah dan berdoa
bekal senyuman dihari muka
tiada kecewa, tiada lagi duka
pelangi indah selamanya

25.02.2011

351. Sapaan

Diamku bukan menjauhi
berpalingnya aku bukan membenci

Cuma masaku tak dapat kucuri
kadang itu alasan yang sekadar ku beri

Aku sentiasa ada disini
aku sentiasa menemani

Ketika hati menangis
aku perlukan teman
bilaman hati ketawa
bukan aku lupakan teman

Maafkan aku jua menjauhi begini
bukan niat dihati.. cuma sepi sendiri

Feb 2011

Wednesday, August 1, 2012

350. Tentang

Pada lewat usiaku 35, aku masih mencari identiti diri
masih menilai sebuah hubungan
dengan menerima ketentuan

Dalam menghitung 35 tahun usia ku tinggalkan
tiada apa yang dapat aku banggakan
dunia mahupun akhirat

Dan 35 tahun didatangi kekurangan diri
lemah disetiap sudut, Jiwa. Raga. Zahiriah dan Minda
35 tahun sudah cukup menyedarkan
namun langkahku masih goyah
lengguk ku masih lemah
dapatkah ku akhiri 35 tahun ku ini?

Ahh, terlalu tua untuk mengerti waktu muda yang berlalu
terlalu singkat waktu yang mungkin datang
dimana aku?
yang keliru dengan perasaan, kemahuan dan perubahan
untuk setiap harapan yang hadir
aku serahkan pada takdir
kuatkan keazaman hati
kuatkan keyakinan diri
teguhkan pegangan melawan ujian
semoga tahun 35 ku dirahmati Tuhan
dan bahagia itu sebahagian darinya
(Amin)

13.02.2011

Tuesday, July 31, 2012

349. 'Doa'

Sedih, hanya kerana dia
mengecewakan
menyakitkan
tapi apa yang boleh diperbuat?
kuatkan diri untuk berubah
kepada sesuatu yang lebih baik
carilah bahagia
carilah ketenangan
Allah sentiasa ada
penyesalan itu ubat
penerimaan itu taubat
redho itu taqwa
perlukan usaha
yang berlalu, sudahpun berakhir
jalani hidup dengan tabah
moga kau temui kekuatan
(Amin!)

14.02.2011

Monday, July 30, 2012

348. Insaf

Kesedaran dihujung rasa yang membuai
menyentap perasaan menjadi sepi
mencorakkan realiti - menerima ketentuan

Perasaan merasai itu sementara 'ada'
akan hilang jua getarnya diperjalanan masa
merasai ketika itu rindu yang memenjarakan hati
terpisah oleh jarak dan keadaan..
merasai diketika itu hanya gelodak jiwa yang rakus dengan fitrah

Mana mungkin ketentuan itu hadir andai takdir bukan dalam pengetahuan
mana mungkin rasa itu 'wujud' kalau bukan pemberian Tuhan

Keliru aku mencari sebab
sedar aku mencari musabab
dan pilihan adalah jalan menuju kebenaran
untuk hari ini atau hari dikemudian
bukalah hati menerima ujian
benarkan tujuan
bukan menolak tapi melepaskan

Arrrgghh, aku persis murai
berciut-ciut, mengandai-andai..
mana usaha, mana tawakkal?

09.02.2011

Sunday, July 29, 2012

347. 'Jiayou'

Hidup ini misteri, dalam lingkungan qador dan qodar
naungan ketentuan
tiada kepastian untuk esok, dan kemarin hanya ingatan
merangkum kenangan

Mereka kata kita perlu bahagia
hidup jangan disia-sia
waktu yang ada dipergunakan sesungguhnya seperti mati mahu menjemput
dan ibadah sesungguhnya seperti mahu hidup seribu tahun
namun kaedahnya tidak disertakan

Aku Islam berkadaran, diuji ketaqwaan, dinilai kekentalan iman
lemah aku disetiap sudut menyimpan kesal bukan kepalang
menjadikan rumit dan keliru

Namun subjektif perasaan bukan motif membunuh minda
apa perlu, usaha mengubah dan jangan berhenti mencari

Hidup ini misteri, bukan khayalan atau mimpi
bukan perasaan tapi mengerti, hidup dalam ketentuan Ilahi
pilihan itu jalan yang akan dilalui

19.01.2011

Thursday, July 26, 2012

346. [no title]

Igauanmu tak berasas
tapi ceritamu bernas
lakonanmu mantap, berbakat . . .

Sudah banyak kerosakan
terlampau sudah kekejaman, kezaliman
bergelumang dosa

tidakkah engkau takut akan janji Allah
tidakkah engkau sedar atau engkau telah jauh memilih mutiara yang bersinar kaca
lupakah pada mati yang akan datang menjemput tidak kira ketika

marilah mengubah kawanku
diri, menjadi lebih baik, menerima

12.01.2011

Tuesday, July 24, 2012

345. Cinta Ini


Cinta ini, bukan milik kita
tercipta untuk memberi duka
dihiris kenangan berlalu..

Semua ini, bukan milik kita
berlaku untuk mendepani
kisah-kisah yang dilalui

Kita hanya pemilik rindu
sisa perjalanan panjang
sehari bukan

Cinta, bukan untuk hati ini
yang berdetik tiap detik menghembuskan sendu

07.01.2011

Monday, July 23, 2012

344. [no title]

Andai ada ruang
menghunikan resam sepi
melabuhkan layar janji
kotakan lautan setia
semanis telaga bahagia
taqwa nakhodanya
iman pemandu arahanya (kompas)

samudera itu ujian
melakar pelangi, dari turunnya hujan
diperlabuhan nanti
dan seandainya masih ada
waktu diantara itu
semadikan kasih
dihujung asmara.

03.01.2011

Friday, July 20, 2012

343. Kemarin

Dan kemarin itu sejarah
mengajar kita dengan pengalaman
mengutip kenangan dan kisah
untuk rujukan masa mendatang

Kemarin dilalui dengan tabah
mengendong sebuah kesah
berlalu sudah

Kemarin juga pengertian
hidup harus diteruskan
perjalanan esok yang tiada pasti
iktibarnya hari ini

Kemarin yang berlalu
hanya dalam waktu
yang tak akan berulang

13.01.2011

Tuesday, July 17, 2012

342. Perlu Ada..

Andai ku kejar dunia
jauh aku ditinggalkan
andai ku lawan waktu
tewas aku dalam penantian
ku cari kesempurnaan
yang hilang dalam kesederhanaan

Punya akal, akal yang sejengkal
punya fikir, fikir yang bercelaru
punya harapan, yang masih dalam kenangan

Lalu, nikmatnya hanya pada zahir
melalaikan jiwa yang goyah
tewas dengan kekalutan fikir

Punya kesedaran kemudian hilang dalam ragu
punya kesungguhan kemudian lenyap dalam keputus-asaan

Maka jalan yang dilalui itu kosong
diantara hati-hati yang bangkit
bukan untuk dunia yang dikejar
bukan kesempurnaan yang dicari
akan tetapi keredhoanNya.

05.01.2011

Monday, July 16, 2012

341. Dongeng Cinta

Bahagia akhirnya
bahagia selamanya
pelbagai cabaran ditempuhi
onak dan ranjau diredahi
merebut agungnya CINTA..

Ditulis seindah madah
dikias selembut kata
mengejar CINTA sejati

Dikisah dua jiwa
terpisah sementara
berkorban apa saja
hingga nyawa taruhannya
mengapai CINTA nan suci

CINTA yang satu
tanpa ragu
tanpa jemu ..
milikku, milikmu

Tapi bila mendepa realiti
jalan berliku dipenuhi duri
ranjau duka singgah menyapa
engkau.. engkau..
aku.. aku..
kita tetap 'satu'

Bukan terpisah tapi berpisah
menyisir sepi dipejalanan panjang
mengutip serpihan cinta 'abadi'
yang bahagianya dikecewakan lagi

Setiap yang datang bersama harapan
angin perubahan
CINTA agung bukan dogengan
berserah menerima ketentuan.

None

Thursday, July 12, 2012

340. [no title]

Dan aku bisa puitis
ketika fikiran kacau
gundah dengan perasaan

Melihat alam memperlihatkan bandingan
merasai sepi melingkari waktu-waktu
yang ketika itu aku rasakan sangat kejam

Aku bisa puitis
ketika jiwa sangat rapuh
mengapai ranting untuk berpaut
pada perjalanan masa yang panjang

Dan aku bisa lagi puitis
ketika hati mahu benar meluahkan
rasa yang terkandung didalam
cuma dengan susunan kata
untuk pengertian yang pelbagai.

23.12.2010

Monday, July 9, 2012

339. Sempurna Itu Cukup?!

Kesempurnaan tidak ada pada manusia
yang mencari
bukan dikhaskan, bukan disediakan
bukan untuk dimiliki

Sempurna itu bahagia, sempurna itu cantek
sempurna itu mendambakan
sempurna itu sesuatu yang tidak kurang

Namun sempurnakah
jika gelora jiwa bergelodak rasa
andai rupa berkadar impian
kalau sepi meresahkan

Dan manusia
yang sebenarnya mencari kesempurnaan
wujud dalam kesederhanaan
dan cukup mencukupi..

Biar buruk tapi berbudi
biar sepi tapi terisi
biar resah bukan gelisah
diantara ketentuan takdir

21.12.2010

Sunday, July 8, 2012

338. Bagaimanakan Ku Cari Cinta

Rapat menutupi mata tidak dapat menyembunyi yang nyata
tuli telinga tidak dapat mendiamkan bicara-bicara songsang yang tak berarus
ingin ku gapai awan memutih, disapa mendung membawa duka
basahku dalam hujan kecewa.
Cinta manusia, cinta sementara
ada hati dan ada jiwa
datang ujian mengoyah rasa
tergugat rindu, mengoncang lara.
Kucari jua dalam asmara
antara cinta sementara yang kekal
kasih manusia dijunjung setia
berpaksi ketentuan Tuhan
ujian itu mengingati, cinta ada dimana-mana

Dec 2010

Friday, July 6, 2012

337. Lelaki.CINTA.Wanita

Tiada salah tang mana
andai milik kita, sudah tentunya milik kita
dan bahagia . . .
andai bukan, menangislah airmata darah sekalipun
bukan milik kita
dan kecewa . . .

Bukan wanita yang berlebih-lebih kerana CINTA
bukan lelaki itu gagah . .
walau siapa pun yang kecewa pasti akan terluka
cuma tangisan itu yang berbeda.

21.06.2010

Thursday, June 28, 2012

336. Berakhir Satu Memori

Berakhir satu memori
terpendam terperuk sekian lama
dipinggir hati tersimpan
dipinggir rasa tak terluah

Berakhir satu memori
berakhir kisah yang parah
didanau hati kisah bersudah

Telah menduga begini akhirnya
berbeda keinginan dan cita-cita
berbeda haluan dan pegangan
menjuangkan pengharapan

Berakhir satu memori
bergalang bahagia berceracak pilu
yang pergi duka hadirkan sengsara

Pasti suatu ketika kau akan mengerti.

Oct 2010

Thursday, June 14, 2012

335. [no title]

Tatkala hari gundah menemani
ku rasakan yang hadir itu bahagia
namun mimpi harapan bukan realiti
bahagia datang bersama duka
khilafnya aku meneka duga

Tiada lagikah manusia peri
kerana yang sering menjelma
menjadi ujian semata
kemanakan ku bawa hati ini
mengembara mencari bahagia

Semoga ketemui nanti
sinar cahaya sang suria
padaMu ku serah segala

06.10.2010

Wednesday, June 13, 2012

334. Jangan Lepaskan Tanganmu

Sungguh, masa hilangkan segala
hapuskan semua
sengsara jiwa . . .

Sungguh, hidup tak berhenti disini
walau kesah telah berakhir
walau rindu tak pernah sudah

Sungguh, bahagia ada dimana-mana
walau datangnya ada ketika
dan pergi jua dengan ketikanya

Pun, janganlah berhenti gurauan
jangan tinggalkan perhatian
jangan biarkan . .

Pun, ketentuan itu pasti
antara kesah-kesah berakhir
dan janganlah

Biarkan aku keseorangan
mengapai bintang bahagia
yang tingginya;
Kesungguhan!
Kesabaran!
Ketabahan!

12.10.2010

Monday, June 11, 2012

333. Terima Kasih Cinta

Dalam keriuhan aku temui sepi
mengosongkan jiwa pada suasana
sembunyikan duka menghiba, mengharukan

(dalam saat gembiraku bersama keluarga tersayang)
Disuatu sudut hatiku berharap sesuatu
yang tak mungkin aku ungkapkan
yang tak mungkin aku mengertikan

Namun, rasa itu sementara
gundah itu lara tiba-tiba
apabila rindu yang datang menyapa
dan ingatan bagai diulang tayang

Maka, sepi yang menyelimuti
sebenarnya rindu yang dibawa pergi

20.11.2010

Thursday, June 7, 2012

332. Dia tak tahu Aku & Aku tak tahu Dia, tapi kami tahu ada dimana-mana

Tautan angin menyapa
penyampai rindu terbias kasih
ntah pada silauan mana tumpahnya sayang
merata bertabur ingatan pada kasih yang tak kunjung datang

Ntah dimana haruman bunga
ingin ku petik tak tahu halaman
ntah dimana rindu bertahta
tak tentu kasih, tak tentu bayangan

Andai angin pandai berkata
kirimkan rinduku pada yang berhak
walau hanya diam menanti
walau hanya janji terpatri
kita dipertemuakan nanti

Dalam angan cerita berkesah
ntah masih ada jalan penyudah.

2010

Thursday, May 31, 2012

331. Dimana, Siapa dan Bila?

Tertulis dalam riwayat alam
bertemu bukan masanya
berjumpa bukan waktunya
jauh bukan jarak pengukur
dekat bukan sempadan masa
tentu-tentu yang didepan mata

Ditulis dalam riwayat alam
siapa yang mengetahui?!

Wujudnya bagai tiada
tak mengenal namun dirasai kehadirannya
dalam pasrah menerima

Tertulis dalam riwayat alam
tiada yang mengenali?!

Kemarin sudah pasti tiada
dan esok belum lagi tentu
hari ini dengan harapan

Ditulis dalam hakikat alam
dalam ketentuan

Dan ketika rindu itu datang, bertanya pada sepi
bukan tulisan alam, tapi rahsia Ilahi

*datang rindu menyapa gundah
  pergi bersama duka dihati
  andai ada kasih berkesah
  terpatri janji bukan ilusi

Nov 2010

330. [no title]

Ada kalanya angin malam
datang mengusik perasaan
yang dingin dan mendambakan

Dan sepi malam bertandang ke rumah hati
menyampai sepi jiwa
jauhnya jarak menduga

Lalu embun-embun kecewa menitis keharuan
titis-titis pedih
luka ditinggalkan duka kemarin
berparut diwaktu-waktu


Wednesday, May 30, 2012

329. Rindu Yang Bukan Hak

Merindui seseorang yang bukan hak
adalah satu perbuatan yang sia-sia
yang tak masuk dek akal
perbuatan yang melampau
akan memusnahkan impian suatu ketika

Patutnya aku lempar jauh-jauh ingatan itu
dan berpaling pada ketentuan
menerima dengan kesabaran
dan janji Allah keramat pada kehidupan

Jangan diulang khilaf kendiri
hukum tak pernah lupa perangkap
dan perangkap nafsu bertuankan syaitan (laknatullah)

Perasaan itu datang dan pergi semula
yang penting usaha
pulihkan jiwa yang rapuh
walau syurga itu hanya sebuah lambaian
bersahabatlah dengan taqwa
pasti akan mendapat jemputan
walau hadir waktu dibawah sedar atau tahu

Rindu semalam yang bukan mimpi
cuma harapan dan kenangan yang telah berkubur.

31.10.2010

Monday, May 21, 2012

238. Hari Baru

Sinar mentari pagi yang menguning
menyerak seribu kesah
embun yang mengering dihujung daun
menitiskan sejuta harapan

Dingin angin menyapa lembut
membawakan pengharapan
hari bermula baru

Serak cahaya bukan kemarin
embun kering bukan kemarin
angin nyaman juga bukan kemarin

Sinar pada kerlipan titisan embun dialun angin dingin
deruan jeram dipinggiran
melagukan irama jiwa
menarikan seloka batil
rentak kehidupan

Kicau burung berterbangan
riuh rengetan anak ayam
membiru langit memutih tompokan awan
ah . .  kesiangan disebalik keindahan
serak mentari pagi, bermulanya sekali lagi

Ku pinjam emas dilayar
buat pengalas hati
ku pinjam senda dan gurau
buatku penyejuk hati.

21.09.2010

Thursday, May 17, 2012

237. Hanya Perasaan

Aku pernah mencintaimu atas dasar cinta
aku pernah menyayangimu atas dasar kasih
aku juga mengingatimu atas harapan untuk bersama merindui
khilafnya aku memilih cinta
sayangku beri tiada makna
kasihku tak kesampaian
harapan ku masih tinggal harapan

Masih berbakikah cinta kita
masih mekarkah sayang yang dirasa
cekalnya pada harapan yang goyah
kerana kekhilafan memilih cinta

Jalan yang kita lalui kini penuh liku
denai yang kita jalani kini penuh ranjau duka
mampukah kita pertahankan cinta?
kalau dasarnya bergelora
bergelodak dijiwa!

Pada harapan ku kirim rindu dihati
andai adanya takdir
cinta dan kasih sayangku tetap padamu
andai tiada, kekal dalam ingatanku
yang pernah dulu mencuri hati
meluluhkan jiwa
mencintai aku suatu ketika
bukan menolak tetapi menerima tiada takdir cinta antara kita
walau rindu sentiasa ada..

15.09.2010

Tuesday, May 15, 2012

236. Pilihan

Sesuatu yang berlaku
ada sebabnya
ada kesahnya
ada kesalnya

Dimana pilihan menentukan akibat
mencetuskan kesan
menjadikan keputusan

Dan, takdir Allah itu benar
natijah kejadian
ujian kesabaran
keimanan

Namun, mampukah aku mengubah sesuatu
yang diluar kawalan (takdir)
ahh . . tepuk dada, tanyalah iman
. . tebal tak dapat ditembusi
atau senipis melepasi duga

Dimana hak aku?
memilih adalah kekhilafan yang disengajakan
maka hukumnya terima ketentuan
itu yang benar
     yang tiada ragu
     yang tiada satu akibat itu atas pilihan

10.09.2010

Monday, May 14, 2012

235. Datangnya

Seringkali didatangi rasa sunyi . .
rasa inginkan teman bicara . . dan bila ketika aku perlukan mereka entah dimana . .
kadang hati bertingkah tidak perlu
hadapi dengan hati yang terbuka
namun seringkali air mata yang menyapa.

Ketika rindu menular pada meraka yang pernah menceriakan
jiwa bertambah parah kesepian
dihimpit kenangan indah
bertemankan diri yang kehilangan ketika
seperti menusuk-nusuk hati . .

Menjalar jauh renungan hati
menjangkau pelusuk dunia
andai ku punya harapan lagi
untuk ku kecapi bahagia . . .

Hidup hanya pilihan
terus dalam kesunyian yang menyakitkan
atau terbang tinggi membiarkan segalanya pergi
kadang-kadang sunyi itu datang . .  membawa peringatan
aku harus bangun dari kehampaan . . . .

23.06.2010

Thursday, May 10, 2012

234. Matahari

Pernah tengok matahari terbit?
itulah gembira!

Bagaimana dengan matahari terbenam?
itulah sedih!

Tengok pula pada matahari Dhuha, itu usaha . . .
tengok masa lepas Asar, itu kepuasan atau kelegaan

Tengahhari!
ketegangan, kekalutan
(kalaulah hujan ditengahhari)

Dan bila malam,
itulah harapan

Semoga mentari kan terbit sekali lagi
untuk seharian yang penuh cerita . . .

11.04.2010

Friday, May 4, 2012

233. Menduga Takdir


Thursday, May 3, 2012

232. Pasrah Itu Pasti

Keintiman antara kami
membuatkan rindu meronta
namun batas halangan tak bisa kami tempuh
sungguh, hujan menitis sekata
sungguh, angin bertiup sehala
kami tak mampu mengubah

Dingin malam yang memeluk perasaan
erat dalam angan dan harapan
pun malam tak mengubah
rindu yang terpalit sunyi

Ingatan itu datang membawa semua
& meragut pergi apa yang mahu aku kekalkan/simpan yang masih bersisa: sayang, rindu, kenangan dan rasa yang ingin ubah untuk sediakala seperti tiada apa yang berlaku

Pun, kemarin tak akan kembali
untuk esok yang menyusuri

Ciptakan harapan baru bersama pasrah ketentuan
biarkan berlalu rindu yang bergalang
sayang yang kecundang dimakam waktu . . .

Carilah cinta Agung
akan temui cinta HAMBALI (Kehambaan)
dan malam adalah pentas kesucian jiwa
kemurnian hati
mogakan ku temui
indah kasihnya harum wanyian syurgawi.

18.05.2009

Friday, April 27, 2012

231. G.A.U.Z.N.I.A.D.L.A.N

Suatu kesah tanpa kesudahan
satu cerita yang tak kesampaian
tentang sebuah pengharapan

Yang berkisar antara dua hati
yang kepercayaan diragui
perjuangannya diperkatakan
kesesuaian sering dipersoalkan

Hanya perasaan yang sering mampu
hanya perasaan yang sering gagah
hanya tangisan yang sering singgah
apabila rindu menyapa

Pun tak semudah disangka
tak seindah pandangan
tak seperti yang diucap
pada kesah yang telah bernoktah.

2009

Wednesday, April 25, 2012

230. Rindu Kemarin

Mencintai yang hanya perasaan
bila tersentuh bergetar rasa
menyayangi yang hanya tiada
bila sepi mencengkam kalbu . .

Duka antara waktu-waktu ditinggalkan
lara diam dijiwa bersarang menjadi sakit

Dua, dunia berbeza punya satu suara hati,
mengiyakan kelainan
dua, berbeda dunia melarik hakikat masing-masing

Rasa itu ada disetiap rindu
getar itu ada disetiap ingatan
malah, CINTA itu wujud tapi tak berpenghujung . .

24.01.2010

Sunday, April 22, 2012

229. Getaran Tak Bersuara (Tiada Bunyian)

Adakah perasaan rindu ini adalah sayang
setelah sekian lama
adakah perasaan yang mengimbau saat manis ketika bersama dulu adalah rindu?
atau sekadar penantian dihujung harapan yang punah
adakah sunyi, sepi yang tercipta adalah siksaan atau 
sekadar bayangan kiasan yang tercetus oleh kecewa?


Mata yang pejam bukan dapat menutup kenyataan
tapi pandangan gelap itu yang mewarnai setiap cebisan saat dan ketika
robekan dari kata-kata dusta
berkecai...


Diamkan suara-suara yang menjerit
matikan khayalan-khayalan yang bergayutan
pongkah semua kenangan yang meruntun


Adakah ini, yang ku alami ini
kekhilafan untuk aku memilih
dan sesungguhnya perasaan hanya suatu getar yang tak berbunyi
namun amat membingitkan seluruh rongga-rongga fikir
mengugat kewarasan


Getar yang indah pada seuatu ketika berlagu dan dalam tika yang sama menjadi pisau yang menusuk kalbu
dan khilaf pilihan bukan takdir . . .
kelalaian yang mengaburi
mengisi ketentuan.

Thursday, April 19, 2012

228. Dimana Kita (Salam Maal Hijrah 1431)

Selalunya lupa
selalunya alpa
yang terlalu dengan dunia
yang kalut dengan kerja

Tak pernah nak kesah
tak pernah nak endah

Dimana kita setiap kali tahun berubah
dimana kita setiap kali masa berlalu

Selak buku,
selak waktu
antara kita dan tahun-tahun yang berlalu

Wednesday, April 18, 2012

227. 1 + 2 Jadi Apa . . .

Bila 2 orang yang tak saling mengenal
cuba untuk berkongsi hati
berkongsi perasaan, keluh kesah
liku perjalanan hidup

Mampukah mereka menjadi diri mereka
tanpa mengubah apa-apa seperti sebelumnya
atau mereka keduanya telah merubah
diri mereka menjadi 'orang lain'

Dan pasti akan ada yang terluka
terasa hatinya, memendam duka
tatkala perasaan dan pemikiran 2 orang itu
hanya diketahui oleh yang maha segala

Disinilah cinta dari rahmat (Allah)
kerana Dia kasih ditatang
kerana Dia rindu dijulang
biar tergugat rasa
biar terpalit ragu
ikhlas dan taqwa sebagai penentu

Bagaimanakan ku temukan
Cinta, Kasih & Sayangnya KeranaMu (Allah)

'Mohon dariMu ya Allah! Dorongkan rahmatMu untuk kami berlindung, pembimbing jalan kebenaran'

Tuesday, April 17, 2012

226. Demi Allah dan Agamaku

Kelalaian yang hadir dalam diri
adalah kekeliruan jiwa
antara realiti dan kemungkinan

Iman yang terlalu nipis & terhakis
oleh jiwa yang kosong dengan Allah
jauh dari Agama
jauh dari amalan

Sehingga menyimpang dari jalan yang sebenar
jalan yang diperakui
ditandai iaitu jalan yang pasti

Kuatkan imanku untuk melakukan suruhanMu
& meninggalkan segala laranganMu . .
ringankan ujian jiwa yang tak tertanggung ini.

Demi Allah, aku kembali
kurniakan kekuatan iman
jauhkan kelalaian
& hidupkan jiwa dengan taqwa
hindarkan nafsu yang berleluasa
kesukaan yang melampau
ingatkan yang sering lupa!

Thursday, April 12, 2012

225. Bukan Perbicaraan Kejahilan (Penyesalan Yang Tiada Penghujung)

Tidak akan padam dengan kenangan
tidak akan hilang dalam ingatan
tak terhapus dengan amalan
tak terkais dengan sesalan

Keluh kesalan yang tiada henti
gelodak jiwa yang gelora
bernafas dalam tersekat
mengimbau dosa kemarin

Dapatkah air dijernihkan
bila pekat kesilapan lampau mengeruh warna
dapatkah hujan mata menyuci
kotoran yang melekat abadi

Hembusan nafas insafi
ketelanjuran mengikut hati
kelalaian meragui sayang . .

Dan, keluh bukan pengubat jiwa yang kecewa
rindu bukan penghilang lara perasaan
hanya kesal yang tiada penghujung
menunggu balasan ketentuan takdir

Keluh bukan jawapan iman, keluh bukan persoalan pasrah,
tetapi berubah!

Keluh bukan untuk ditafsir,
insafi diri membawa penyudah!

Keluh bukan sesuatu yang perlu difikir, tetapi sesuatu yang memberi hidayah!

re-edit 09.01.2010

224. Ruang-ruang Kosong Dalam Hati

Ada kaitannya dengan masa
ada hubungannya dengan ingatan
ada kelangsungan dengan kenangan

Ruang-ruang kosong dalam hati
pencetus manik-manik jernih tangisan
penyebab sendu yang berlarutan
punca kecelaruan kalbu

Ruang-ruang kosong dalam hati
mengubah sudut-sudut pandangan
mengecil pintu-pintu firasat
menutup rapat pada keterbukaan

Ruang-ruang kosong dalam hati
kosong dengan kepekaan takdir
penuh dengan kerinduan yang menghuni ruang

01.09.2009

Wednesday, April 4, 2012

223. Bintang Dihati

Bintang dihati
berkelip-kelip tapi tak dapat dimiliki

Bintang dihati
berkelip-kelip setiap kali
tapi tak dapat didekati

Bintang dihati
bersinar-sinar
tapi tak dapat digapai

Seindah bintang dilangit
tak seindah bintang dihati
keindahan yang dikejauhan

Tiba-tiba bintang tak kelihatan
dilangit malam ia menghilang..

Tuesday, April 3, 2012

222. Sesuatu Yang Mungkin

Apa yang dicari dalam hembusan angin
dibawa pergi ribut datang bagai angin bertiup lembut

Apa yang dikejar pelangi petang yang kabur
datang bersama hujan lenyap bersama mentari malam

Apa lagi yang ditunggu waktu yang masih ada
gunakan sebaiknya sebelum ia meninggalkan kita

Usah berharap pada senja indahnya sementara
garapkan pada mentari pagi pasti bermula hari sekali lagi

Yang indah itu impian yang buruk itu dugaan
yang datang dengan pengalaman dan yang pergi itu kenangan

Kenyataan adalah ketentuan, untuk sesuatu yang mungkin.

Thursday, March 29, 2012

221. [no title]

Pada angin yang bertiup
bawa perasaanku bersama . .
sampaikan rasa ini
pada dia yang ntah dimana . .

Pada awan yang berarak
simpan perasaan ini
turunkan hujan rindu
pada dia yang ntah dimana . .

Wahai air yang mengalir
hanyutkan cerita hati
pada dia yang mungkin di muara
atau ntah dimana . .

Monday, March 26, 2012

220. If

If . . it only a feeling
hoping for something
might happen . .

If . . its only a feeling
address to lift up
what tomorrow store for us
but, who knows

If . . its only a word
to stress the meaning
a second chance to undo

If . . i can turned back time
i'll do it better

If i can go into the future
i'll be ready to after

But today, im still here . .
with wonder.

Thursday, March 22, 2012

219. Hidup Yang Mati

Tatkala sendu dihujung tangis berakhir
menemui airmata yang kering dipipi . .
bersama itu segalanya terbuku, tidak lagi lagi terisi
berselerak kesah yang terpendam, berdendam
terlerai genggaman, terputus sudah ikatan
tiada lagi yang bercerita, tiada pula yang berkesah
berakhir sudah . .

Langkah yang longlai diatur perlahan
menahan debaran hati yang kian pudar
menghentikan pandangan yang kian malar
pada hujung kasih yang tiada
berakhirlah satu cerita, tiada sudahnya
bermulalah satu sengsara, bernoktah dijiwa

Carilah cahaya yang menyinar
pinjamkan bahagia yang sementara
untuk waktu-waktu berlalu
biarkan airmata dengan tangisnya
biarkan esakan dengan sendunya . .

Tuesday, February 28, 2012

218. [no title]

Apa yang dirasai hari ini
adalah gumpalan-gumpalan kenangan
yang ditingalkan

Terasa hangatnya
terasa bahangnya
masih
dan rasa itu mencengkam

Meluruhkan harapan
merobohkan rasa hati
yang inginkan rasa itu pergi
tinggal
jauh
lalu membenih rasa
pada kenangan yang belum tercipta
terbuka hati untuk ketentuannya..

Wednesday, February 22, 2012

217. Bila Sepi

Andaikata dikau jauh
ku sampaikan salam penuh rindu
bersama angin harapan yang bertiup malam
khabarkan aku kesepian..

Andai kata dikau disana
kirim sayang kasih penuh mesra
dibawa angin senja kenangan
lafaz cinta penantian..

Andai kata dikau mengerti
sambut salam ikhlas ku ini
andai cinta, kasih berpaksi, antara hati
jadikan mahligai hidup
seindah janji, sekukuh setia
bahagia didalamnya.

Wednesday, February 8, 2012

216. Segalanya Bermula Dari Titik yang Akhir..

Disebalik daun merimbun
menumpang teduh
dingin angin dari utara
melihat bayang berdiri
berbalar-balar, diterjah mentari

Bahang kian mengigit
meresah jiwa yang kepanasan
mencari arah angin
tiupannya terpesong dari rimbunan
bayang seperti bersatu dgn tanah
hilang!

Saat angin ingin bertiup
melayah daun jatuh
sehelai yang kekuningan
melayah ke kiri ke kanan
lambat-lambat
akhirnya menyapa bumi

Mentari yang tadi garang
berselimut awan putih
bukan, bercampur kelabu
kian kelabu dan hitam
angin seperti marah pada rimbun
mahu terus mengoncang
biar luruh semua
biar terpongkas tiada

Angin yang pergi meninggalkan
rimbun dibasahi
bayang yang mati
tetap berdiri
dibawah teduhan rimbun
hujan ditengah hari..

11.05.2007

Sunday, February 5, 2012

215. Masih..

Disangkaan, cuba bertahan
hebat sengketa, menyerang jiwa . .
terkorban rasa dimedan rindu
berteman harapan
yang mungkin palsu

Menilik sangkal antara waktu
terbiar songsang menangkis kenyataan
menerima satu kemenangan
menerima satu kepasrahan
menghadapi bahagia . . .

Perjalanan panjang
berarus menongkah hidup
terkadang berhadapan beban . . .
jiwa, perasaan, akal bersatu
bersandar harapan, penentuan
sebelum semua bernoktah.

30.04.2007

Friday, January 13, 2012

214. Entah Pada Siapa?

Kemana kan ku lempar
sejauh rindu yang ada
bila seringkali tetamu yang hadir itu sepi . . .
yang sering bertandang bersama sendu . . .

Bagaimana pula harus kusimpan
sedalam rindu yang ada
apabila setiap kali datang menyapa
setiap kali datang bersama
pilu, sengsara 'buah tangannya'

Harus terus merindui?
atau kuburkan saja bersama waktu
biar pergi malam sepiku
biar berlalu waktu piluku
kerana rindu tidak berpaksi
pada hati-hati yang telah pergi.

15.04.2007

Thursday, January 12, 2012

213. Sepinya Kian Terasa

Masih dalam ingatan
dilayar kelam menggambarkan
gerak laku dan perbuatan
mesra, manja, mempersona

Tiap satu bagai lagu
berkumandang dihati
asyik dan alpa . . .

Sehingga ku terlupa
pada benarnya pekara
antara mimpi dan kenyataan

Bila dikenangkan
kisah yang berlalu
sepi menyapa hati
pilu pada perasaan

Andaikata bermula
noktah seterusnya. . .

15.04.2007

Tuesday, January 10, 2012

212. Duapuluh Tahun Selepas Itu...

Gah sorakan "Merdeka!". .
telah sayup-sayup . . . tidak kedengaran lagi
makin lama makin menjauh

Aku bingkas . . .
gema sorakan tak terperi ku hayati
sungguh polos dengan situasi yang bingar
ntah apa yang diracau
mengungkap semangat
menjerit-jerit pengorbanan
terbit semangat kata . . . kebebasan!
erti kelangsungan peradapan dunia.

Saban tahun,
racaunya tiada beza
jeritannya tetap polos tak bererti
tahun-tahun berlalu, setelah 20 tahun . . .

Tidak aku tergolong dalam kumpulan yang
menjerit-jerit dan meracau itu
namun aku tak punya pengertian
tak punyai maksud
"BEBAS" yang diungkapkan
"MERDEKA" yang dilaungkan
kerana aku hidup setelah Merdeka telah lebih 20 tahun kemudian.

Pun begitu,
keperitan dan semangat
tidak memberatkan mata yang melihat
tidak membingitkan telinga yang mendengar
tidak membebankan bahu yang memikul

Bagaimana untuk aku insaf
dan bagaimana untuk aku nikmati
erti KEMERDEKAAN yang dikecapi

02.03.2007

Monday, January 9, 2012

211. Kini Tiada Lagi

Sering waktu mengimbau kenangan
yang ada diantara ketika
saat bersama menjalin kasih . . .

Saat dan ketika yang ditinggalkan oleh waktu
adalah antara kenangan
yang meracun hati, melukakan jiwa
membunuh perasaan

Wujudnya rasa diketika itu
adalah rindu dan keinginan
mengecapi apa yang hanya dapat dimengerti
oleh hati dan perasaaan

Dan kadangkala kenangan itu datang
membawa kembali detik-detik waktu
waktu indah, waktu bersama

Dan kenangan itu bagai sembilu
menusuk perasaan
indah pada kenangan
mengimbau sengsara jiwa

17.03.2007

Thursday, January 5, 2012

210. Bicara Malam

Setiap malam penuh kenangan
diulit harapan yang digarap waktu
meninggalkan sepi, kosong
tanpa!

Seringkali hati terkenang . .
waktu indah
waktu-waktu yang meruntun perasaaan
waktu seketika itu

Sedang aku biarkan duka yang panjang
agar sembuhnya benar
bukan igauan, bukan mimpi

Namun ingatan tak pernah putus
walau malam berakhir hari.

07.03.2007