Thursday, November 22, 2012

367. Detik Antara Kesah

Berlalu detik-detik antara kesah
pergi meninggalkan duka
tiada lagi pengharapan
terkubur sudah impian

Berlalu pergi airmata
kering dalam pengertian
bukan kasih tak setia
kerana itu sudah ketentuan
bukan memilih, mengada-ada cerita
telahpun tertulis dalam suratan

Berlalu detik-detik antara kesah
silih berganti bertambah gundah
datang dan pergi tiada henti
bagai menanti ribut diredah

Kering sudah air dimata
mengharap bukan seperti dulu
hasrat terkandung niat yang satu
'yang datang menyalakan bunga api,
atau singgah berteduh dijiwa'
hanya mampu berserah

Berlalu detik-detik antara kesah
yang pergi, dulu
yang datang, bersedialah.

23.05.2011

Sunday, November 4, 2012

366. Pilihan

Hebahkan kenyataan
war-warkan kepastian
tiada lagi keliru
tiada lagi prasangka
timbulkan lara jiwa
mahu ditimbus kenangan dengan pengertian
kebumikan dengan penerimaan
takdir adalah ketentuan...

Antara pilihan dan ketentuan
keduanya membawa kepada takdir.

1305.2011

Thursday, November 1, 2012

365. Mood

Kenapa harus kita persoalkan
detik gundah yang sementara
sedang bahagia ada dimana-mana

Salah kita mentafsir mimpi  . . yang datang disiang hari
salah kita mentafsir realiti  . .  yang belum adanya pasti

Mungkin harapan berbunga kembang
pada kuntuman bahagia seberang
alangkah manis mata memandang
ingin dipetik dirasai sayang

Kenapa harus dipersoalkan
ketika sepi menyapa hati
kerana semua itu adalah kenangan yang dibawa pergi

11.05.2011