Wednesday, December 22, 2010

72. Segala Itu Datang Dari Engkau

Bila masa tiada
kita rasa jauh
bila masa ada
kita rasa lagi jauh
kenapa ya?

Tapi, itu bukan masa
masa berperanan
kita punya watak
sedih, suka atau terusan
ketawa
watak itu yang paling penting
sepenting ketawa dalam watak

Tapi, bila masa menjadi watak
pada persembahan kaku kita
maka kita semakin dekat
sebab masa pandai mencuri
hati kita bila dipenuhi masa
dan bijak pula memberi
hati bila kita tidak punya masa
maka kita semakin jauh

ya, itulah keterlupaan dan
keteringatan pada masa
yang ada dan tiada

17.05.1999

Untuk seorang yang mengenali dan pernah mendgr rintihan hati, padamu ku curah segala, kerana segala itu datang dari engkau..

Tuesday, December 21, 2010

71. Kecewa

Terima ini
bermakna rela
pasrah ini
bermakna suka
sanggup itu
bermakna mahu
ingin itu
bermakna . . .

Tapi kalau
menolak
bererti langgar
langgar membawa
korban
korban membawa
binasa
binasa boleh jadi kecewa

Kecewa kerana
menolak
kecewa kerana
tidak sanggup
kecewa kerana mempertikai
kecewa kerana
tidak dapat

Lalu kecewa menjadi korban
ketidaksanggupan menghadapi realiti
bukan untuk diri sendiri . . .

17.05.1999

Monday, December 20, 2010

70. Yang Tiada Pada Mereka

Dan aku cukup tidak mengerti
bila diperkata
dengan kata-kata berbaur dengki
cukup untuk menghina
cukup untuk menyakitkan hati
tetapi tidak cukup akal untuk menilai
perasaan
suka atau tidak
tapi aku juga tidak pasti
kekurangan dan kelebihan
setiap orang disisi Tuhan
keadilan tak dapat dipertikai
untuk apa merungut, untuk apa?
sebuah cerita yang sia-sia
mereka pasti tiada apa
yang boleh dibangga
kerana nista terpancar
disetiap wajah
hitam, kotor dan jijik
itulah mereka
menghina dan mencebik
yang tiada pada mereka
tapi ada pada orang lain

17.05.1999

Tuesday, December 14, 2010

69. Sesuatu Yang Hanya Untuk Aku

Mengenali sastera
menjadikan aku pemikir
mengunyah sesuatu
bagi menghancurkan pengertian
jika sulit mengungah
sulit juga untuk mengerti

Juga seperti mengupas
melihat isi dilapisan kulit
rasa mengenal
fikir mengesahkan
zahir memujuk
indah untuk rasa
nikmat untuk fikir
kesan untuk zahir

Tapi, tanpa pengamatan
tanpa penghayatan
tanpa perasaan mengalami
sumber hilang
ilham hilang
rasa hilang
tiada lagi satera

Pemikir
dari mula bersumber
meniti pengalaman
beriring pengertian
pengajaran
membuahkan sesuatu yang subur
berkualiti . . . tapi

Pokok yang masih berselindung sastera
membalikkan daun diterbang
angin insan
manusia yang dapat menerima
manusia yang dapat memberi
sastera tetap tidak dapat
membezakan manusia
dari terus menjadi manusia..
samaada manusia pemikir
atau manusia pemutus
kerana sastera itu sendiri
manusia..
contoh dari kehidupan

12.05.199, Kulim

Note: Timbul dari kesedaran membaca sebuah novel coretan Tan Sri A Samad Said - Daerah Zeni - SATU DAERAH ASING, TANPA SEMPADAN, TANPA BATASAN: BEBAS

Monday, December 13, 2010

68. Juga dari Novel STDKG: Untuk yang Mengerti

Hayati dan fahamilah
rentak kehidupan
moga-moga nkau mengerti
dalam penerimaan
ranjau
. . . orang lain
. . . mereka
. . . & diri sendiri

Kita ini manusia
yang membentuk
dan dibentuk
dikarang bukan untuk lagu
bukan dengan irama
tetapi perjalanan
penentuan
menentukan
& ditentukan

Asu-15.12.1999

67. Untuk Novel 'Seorang Tua Dikaki Gunung


Penuh semak dan rimba fikir
berceracak angan
Berjajaran impian
bagi pohon hijau mendapang
angin sendu & rindu
pada mereka anak dan cucu-cucu

Misteri Kasih
ngeri sayang
dendam
cinta
rindu
menjadikannya seorang penunggu
rimba ingatan

Resah yang melanda
bimbang yang ketara
suka yang menghela
duka yang mengundang
sengsara jiwa
rintih kasih
rintih sayang
dari sebuah kefahaman
dan keikhlasan
yang tak terungkap

Lalu terbitlah matahari sepi
disudut jiwa yang kering
lalu basahlah cinta, dari telaga sayang
menitik menjadi hujan
dikaki gunung yang suram

1999

Sunday, December 12, 2010

66. Suatu Cerita Dibalik Kenyataan (Selamat Hari Raya)

Ditanah sepi ini
aku mengerti
sesuatu yang bukan pilihan
untuk berdiri atau duduk

Dihalaman asing ini
aku juga tahu
bukan hari ini atau esok
untuk sementara atau selamanya

Ibu,
kalungkan rindu dileher masa
manik kasih bersinar jiwa
susunan mesra
jalinan rasa
cinta manusia

Ibu,
disini sepi, disini duka
sepi suka pengubat langkah
terasing dirantau
menuntut keringat
untuk harapan yang tak ketahuan

Dan Ibu,
disinilah aku
bersama waktu dan ketika
yang adakalanya seperti mengusik
misteri kasihmu
ngeri cintamu
yang makin menyeram dilubuk hati yang dalam

Disini juga Ibu
suatu cerita disebalik kenyataan
sungguh rindu
ku tinggal jauh disudut
sebuah pengharapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
25.12.1998,
Taman Jati.

Monday, December 6, 2010

65. Di Taman Ini

Lapang dan kaku
sepi seketika pada mereka
yang tinggal . .
dalam gerak laku

Cantik dan indah
dalam suasana
banyak terluang
banyak terbuang

Di taman ini
terasing seorang
tersisih sendiri

Dan di taman ini
tinggal sepi
ada mimpi
punya hati

1999, Taman Jati

Monday, November 29, 2010

64. For Keep Sake (my frens)


If i have a fren like you
you're the lover who ever do

If i should show you the way
where & there always be here

If i owe the love so true
all of mine is all for you

If i need someone to hold
you'd be there shoulder to cry on

If i could save this love
with all my heart i pray to Allah

If i can, together we try
make this plan . . 'till we die

15.04.1999

63. [no title]

Melangkah kaku
dari denai yang lurus
tidak ada simpang
tidak pula menyimpang

Bukan destinasi
bukan permulaan
langsung dari perlabuhan
tiada pengkalan

Lalu, berjalan tanpa arah
belayar tanpa hala
tujuan, impian dalam harapan
yang lama mati
tanpa nesan
juga tanpa penentuan

Harus, dimana nafas menghela
dimana angin suka
dimana bayu sengsara
tiupan sehala terpongkah
dari igauan yang datang
bila diri hilang dalam suasana

14.12.1998
Taman Jati

Thursday, November 25, 2010

62. [no title]

Sepi dalam suasana
tersisih sendiri
hanya berteman tinta hitam
dan sutera putih
mengisi malamyang panjang dan lapang
sebelum embun kembali
gamit suria pagi

Dan untuk malam ini juga
malam yang serba sempuran
lengkap
manusia, suasana dan ketika
mana ketawa
mana seloka
sempurna suasana
yang aneh

Seperti selalu
angin dengan bayu
bintang nan beribu
malamku tetap satu
bertamu siang, esok pasti tentu

17.10.1998

Wednesday, November 24, 2010

61. Kita

Kita dipertemukan sekali lagi
dimalam ini
tanpa bulan
dan suram cahaya
tanpa suasana, seadanya cinta

Kita, hadir untuk kesekian kali
menjanjikan ketentuan
yang tak diundang

Kita, masih disini
dan siang pastinya pergi
sebelum malam mengisi mimpi

Kita, masih setia
seiring selangkah
berbeza arah

Kita, sendiri lagi
menghela nafas . . .

Kita, terima segalanya
walau aku pasti
kita (engkau dan aku) tiada mungkin

27.05.1998

60. [no title]

Berbaur mimpi indah
dan angan yang menjangkau'
fikiran dan hati
jiwa yang bergelodak
dengan getar rasa
cinta terpendam didalam

Rindu terasa menyisih resah
meminggir rasa pada dunia nyata
mimpi seringkali menyelimut
kenyataan
angan seringkali menimbus
realiti
. . . terus aku jadi hilang
dalam dunia sendiri

10.05.1995

59. Segala

Apabila tiba segala
kemungkinan
tiada lagi dapat diharap
apabila segalanya
pergi
mungkin tidak ada lagi

Untuk yang tinggal
tabah, segagah segala
kuat, sehebat segala
biar yang pergi
selamanya bersama segala
yang mungkin atau pasti

Dan apabila segala
datang semula
terimalah
kasihlah
untuk satu
pengertian yang ada
keraguan dalam hidup
walau segala
dipertaruhkan..

1998

Sunday, November 21, 2010

58. Siapa Yang Tahu Pasti Mengerti

Siapa yang tahu
pasti mengerti
pedih rasa tika begini
sepi sendiri
dirantau kasih
mencari sayang
mesra dan suka

Tika begini
siapa yang tahu
pasti mengerti
hatiku hiba menanti
rindu didada
terpahat kesal
kasihku pinta
sayang ku hulur
terpahat sendu
kasih menghilang

Tika begini
siapa yang tahu
pasti mengerti..

1998, Kulim

Thursday, November 18, 2010

55. Jerebu


Aku rindukan awan yang memutih
langit yang membiru
angin segar yang mendayu
dan sinar mentari
kabus tua meninggal bumi
haba malam dibawa pergi
indah sungguh suasana pagi

Melihat silau diembun jernih
meninggal segar didaun sehelai
deru air sungai mengalir
sejuk . . . jernih

Matahari pagi meninggi
awan putih menutupi
bahang haba matahari tengahari
bayang berdiri lari

Dimanakah semua itu - setelah GARUDA jerebu
menghinggap udara Malaysia
-siapa punya garuda
-peliharaan tuanpunya
-disangkar atau lepas
-selamat atau belas

29.09.1997

54. Biar yang Berlaku Berlalu

Sepuluh tahun
pemergianmu terlalu lama
terlalu lama untuk membuatkan aku terharu
terlalu lama bagi aku memendam rindu
dan malam ini
kehibaan menyumpit hati
meruntun jiwa mengingati
10 tahun dahulu
ketika aku masih mahu mengerti
tentang kasih sayang
tentang cinta . . .
betapa aku waktu itu
jahil rasa
buntu minda
untuk menghargai
kasihnya, sayangnya, cintanya
yang melebihi orang lain
betapa aku buta hati
untuk mengenali
salah siapa?
(untuk apa mempertuduhkan kesalahan - semuanya meninggalkan kesalan)
untuk malam ini juga
urat muka kutatapi
buat lebih 10 tahun
kesal bukan jawapan
sesal buakan buatan
10 tahun
cukup untuk mengajar
cukup untuk membuka hati
menerima realiti kehidupan
pasti . . .
Ayah, aku ini rindu
seandainya engkau masih disini
(airmata, aku tidak mengundangmu)
namun Ayah,
biarlah yang berlaku, berlalu
(27.7.1987)

11.09.1997

53. [no title]

Engkau tenang begini?
engkau kesah begini?
engkau mahu begini?
jawablah . . .
bukankah ini yang kau pinta
ketenangan
kesunyian
atau kebahagian
atau . . . apa?

Apa sebenarnya
pengertian yang tak pasti
untuk apa . . .
untuk siapa . . .

Siapa mampu, jika setiap kalai hati terluka
jiwa terasa
siapa berdaya, jika apa saja . . tiada yang kena
engkau siapa dalam era ini
dalam cerita ini
sendiri atau sendirian
sama bukan?

Apa lagi? . . .
menanti,
sampai bila
tak perlu lagi
yang perlu
terima segalanya

23.07.1997,
Kulim

Thursday, November 11, 2010

52. [no title]

Apa yang 'nkau lihat dari sini?
apa yang 'nkau nampak dari sini?

Aku . . .
nampak
bulan mengambang di luar jendela
mengambang penuh
dipagar bintang beribu

Aku . . .
tahu
betapa malam begitu sepi
alam begitu sunyi
menangis hiba
entah apa-apa
pada manusia . . . mungkin

Aku lihat kebesaran, kemuliaan
dan kecangihan yang timbul dari keajaiban
ciptaaan

Dan yang Aku
sememangnya tahu
makna tertafsir

None,

Monday, November 1, 2010

51. Pura-pura

Burung, aku ingin berkicau sepertimu
riang . . . bebas terbang . . . lepas
matahari, aku mahu terang sepertimu
berbahang sinar . . . cerahi dunia
malam, aku ingin suasanamu
tenang . . . sepi mendamaikan
laut, engkau musuh
cinta yang terbiar
kasih yang tersisih
rindu yang terpinggir
dengan gelombangmu
geloramu

Pantai, aku ingin sesetiamu
walau ombak menghempas . . . engkau bekorban
angin, ble aku bertanya
engkau dimana bila malam menjelma
kirimkan salamku padanya
aku . . . tiada ketahuan punca
alam, engkau lihat aku
sepi dalam gembira
sedih dalam bahagia
pura-pura

30.07.1997