
Cinta itu sendiri aku tidak pasti
bagaimana mungkin aku mendapatkannya.
Cinta . . . pada ibu
perlu taat selalu
perlu patuh semedangnya
jangan ada cela
atau terguris luka
diantara tingkah laku dan kata-kata
Cinta . . . besar
walau untuk pengertian yang kecil
bagi setiap cabang maksud
cinta yang dikehendaki
cinta yang ingin dimiliki
Bagaimana sekalipun
cinta itu tetap suci
bila dipaksi
dijunjung
dikilil atau dikendong, pasti suci
Kerana cinta itu maha
keluar dari hati
yang membaluti jiwa
menyelubungi perasaan
Bisa mengubah keadaan
perlakuan, kata dan segalanya
hanya kerana cinta
Cinta yang satu, ABADI
07.06.2003
Note: Daripada 'Ada Apa Dengan Cinta'
No comments:
Post a Comment