
kalau cerita tak sampai
bukan sebab angin
tapi hati yang mempertikai
Wujudnya bagai tiada
terasa tapi tak dapat dilihat
suatu masa berubah haluan
mengikut rentak ketentuan
Namun, kita masih mampu
menjadikan angin-angin rindu
menderu dan mendayu
kerana aku tidak pernah lupa
siapa dan dimana
punca pekara yang meributkan
Tak reti mentafsir, deruan yang asing
tak tahu meneka, tiupan sementara
dan kini masih mencari
masihkah berbaki
angin-angin dari perubahan
25.02.2005
No comments:
Post a Comment