
Sungguh!
telah luntur kekuatan diri
yang hilang dalam kenyataan
tak berpijak serapat ke bumi
tidak pula mengapai awan
Mencari erti sepi
dalam keriuhan
berlegar-legar melayah angin
mencari dahan persinggahan
Sungguh!
Tidak dapat membayangkan
sarat yang tumbuh dalam diri
sedang masih mencari
kerana aku masih
mengalas rasa semalam
yang menjadi beban perasaan
yang aku impikan
yang aku harapkan
Dimana?
kedamaian jiwa
haruskah terus menanti
08.08.2006
No comments:
Post a Comment