Tuesday, December 14, 2010

69. Sesuatu Yang Hanya Untuk Aku

Mengenali sastera
menjadikan aku pemikir
mengunyah sesuatu
bagi menghancurkan pengertian
jika sulit mengungah
sulit juga untuk mengerti

Juga seperti mengupas
melihat isi dilapisan kulit
rasa mengenal
fikir mengesahkan
zahir memujuk
indah untuk rasa
nikmat untuk fikir
kesan untuk zahir

Tapi, tanpa pengamatan
tanpa penghayatan
tanpa perasaan mengalami
sumber hilang
ilham hilang
rasa hilang
tiada lagi satera

Pemikir
dari mula bersumber
meniti pengalaman
beriring pengertian
pengajaran
membuahkan sesuatu yang subur
berkualiti . . . tapi

Pokok yang masih berselindung sastera
membalikkan daun diterbang
angin insan
manusia yang dapat menerima
manusia yang dapat memberi
sastera tetap tidak dapat
membezakan manusia
dari terus menjadi manusia..
samaada manusia pemikir
atau manusia pemutus
kerana sastera itu sendiri
manusia..
contoh dari kehidupan

12.05.199, Kulim

Note: Timbul dari kesedaran membaca sebuah novel coretan Tan Sri A Samad Said - Daerah Zeni - SATU DAERAH ASING, TANPA SEMPADAN, TANPA BATASAN: BEBAS

No comments:

Post a Comment