Wednesday, September 29, 2010

29. Indah Pertemuan Semalam

Sebelum ku buka bicara
maafkan diriku kiranya
bicara ini mengusik
hatimu..
hatilu..

Semalam, ku simpan kalung kenangan
yang ku karangi bersama
detik dan waktu
maniknya ku himpun sendu
kukepil rindu menjadi satu
persatu . . . indah

Tapi sayang,
kemana dan siapa hendakku kalungkan
kalung kenangan semalam
yang wujud selepas siang pulang
bersama mimpi berulang, dan

Semalam,
ku kalungkan kalung kenangan semalam
pada sebuah perpisahan
kerana pertemuan semalam
tidak seindah pertemuan hari ini
(kenyataan)

28. Yang Teristimewa

Telah ku pahatkan namamu
dilubuk hati ini
ku ukirkan cinta
berbunga kasih
kikirnya ku lagukan rindu
bingkainya berkarang mesra
moga tampak indah
pandangan mata..

Sayang..
pahatku hilang sebelum sempat
aku mengakhirkan
bungaku kembang tak jadi
lagu kikirku sumbang
mesranya bertukar berang
jadi sindiran dan cacian

Itulah pandangan dan kenyataan
ku karang bunga berbenang angan
terputus tali, hilang dipegangan.

27.08.1996,
Kulim

Tuesday, September 28, 2010

27. Yang Sepi Sendiri

Perlu apa ku coretkan disini
sebuah kata dusta
pada cinta kasih dunia
yang mungkinkan palsu
setiap yang terluah

Dan malam ini bersaksi
betapa malam menangis
melihat hatiku yang pedih
menyedari milik diri
kurang dipandangan

Bulan,
temanku bicara
tentang jiwa merana
merintih sepi
sunyi .. tiada penghuni

Padamu,
ku luahkan rasa
kerana kalian mengerti
begitu jua 'Dia' ... maha mengetahui
hati ini
jiwa ini
yang sepi sendiri

10.08.1996,
Kulim

26. Pertemuan dan Perpisahan

Maafkanlah aku andai suatu waktu, kita berubah
dan aku tidak lagi mengingatimu
waktu itu kau sedarkanlah aku dengan kenangan
yang kita karangi bersama
dan aku hanya mampu mengucapkan
sahabat, terimakasih segalanya ... selamanya
dan andai kau mengerti
menangislah, bersama airmatamu
adanya airmataku
itu yang termampu
untuk
sebuah perpisahan.

23.07.1996,
Kulim

Monday, September 27, 2010

25. [no title]

Dalam keluh resah
kulihat air berguguran
gugur kesayuan
ditinggalkan

Sepi.. tak kusangakan
dalam keheningan
kucari cinta yang hilang
.. kerana rupa
.. kerana alpa
pada kasih, pada sayang
mangkin kehidupan

Malam, mahukah kau menjadi teman
mendengar cerita hati pedih..
kubisik padamu malam
tetamu hati-hatiku
merentap jiwa sepi
kerana kasih tak diundang

Siang, mahu kau jadi sahabatku
agar bisa ku bertemu dengan dia
ketenangan..

Dan dalam aku begini
mahu saja ku temui bulan
dan nyatakan padanya
aku mahu jadi teman
sudikah bulan?

lalu aku menyapa bintang
boleh aku jadi kekasih
pinjam sinar dan kerdip
cerah hati yang gelap, kerana suria kasih menyepi sendiri

Dalam sendu, aku mengharap
kalian semua bisa menjawab
semua pertanyaanku
dan kuharapkan kalian mengerti
kerana kalian mengetahui
hakikat manusia pada hakiki
semoga dengan restu
hidupku bahagia dari dunia hingga ke akhirat..

12.06.1996,
Kulim

24. Kehadiran Membawa Kepulangan

Aku tidak pernah mengharapkan kehadiran
begitu juga dengan kepulangan
aku bahagia sebelum ini, begitu juga sekarang

Namun aku mahu kau tahu
kehadiran dan kepulanganmu
menyentuh hati
yang selama ini diam tak terusik

'Yang hadir tanpa dijemput
menerima dengan hati terbuka
persilaan tak pernah dituntut
kesudian tak pernah dilupa'

sebelum kau hadir,
Halamanku subur dengan bunga prasangka
kusiram dengan embun waspada
agar bungaku kembang sederhana
sedari bunga dihalaman saja

kini kau pulang,
Tak akan ku biarkan halaman ku kontang
dengan rasa rendah diri dan bimbang
kerana dengan peliharaan yang cukup dan kesedaran
kembangnya bungaku cemerlang
kerana aku percaya takdir yang datang

Biar, kehadiran dan kepulangan
biar, yang hadir membawa pulang
ku simpan semua jadi kenangan..

17.05.1996
TSPP, Prai

Friday, September 24, 2010

23. [no title]

Kau muramkan malamku ini
dengan sepi kata darimu
semalam untuk hari ini..

Tapi bagaimana untuk aku
tempuh semua ini keseorangan
aku buntu, fikirku

Tiada lain dapat ku kata
kau datang bersama pilu
pilu tentang kita, berdua dan orang ketiga

Untuk apa ini semua
terasa kebosanannya menular
apa sudahnya..

Persoalan silih berganti
haram jawabnya bererti
keputusan dan penentuan apa?
aku tak mengerti...

Thursday, September 23, 2010

22. Kita Terpaksa Berpisah

Andainya keadaan memaksa
relaku serah segala
impian & kenangan
milikmu jua

Andainya ada simpati
dari hati kecilmu
jadikan ia memori indah
semalam untuk hari ini yang cerah..

Walau mendung berlalu pergi
tak memungkinkan kembali
kalaupun ia datang lagi
tak bererti bencana
kerna kita sudah bersedia

Andai ada rindu
kirimkan diangin lalu
biarku anyam dilangit biru
menjadi awan kenangan
kita pernah diketemukan

Padamu kasih
pertemuan jadikan alasan
untuk kita dipertemukan semula
atas dasar saudara

Dan seandainya perpisahan kali ini
tidak memungkin untuk kita bersua lagi
aku harap..
kau abadi dalam hati
selamanya.

1996

Wednesday, September 22, 2010

21. Satu Kelahiran Menandakan satu Kehidupan

Kerinduan pada sinar mentari
mengajak aku mengenang kembali
pada purnama semalam
dimana embun masih tersedu
memandang awan berarakan

Dan dibawah sinarnya
tinggal sisa peninggalan
sejuta harapan dari hati yang terluka
agar terubat duka

Setelah sekian lama bersama
terpisah jua akhirnya
bersama sinar ini
ku jadikan purnama matahari

Menerangi dunia luka
agar terang segalanya
moga mentarikan terbit lagi
bermulanya kehidupan sekali lagi..

Tibanya kelahiran baru
kurnia Ilahi..

TSPP, Prai.
16.01.1996

Tuesday, September 21, 2010

20. Bilik ku Sebuah Dunia

'Knock'
Terkunci, rapi
sebuah hati resah
seorang penghuni

Ini,
duniaku, alamku
hadiah dari kehidupan
seorang insan

Ini,
sahabatku
yang sentiasa bertinta
dikala sepi datang membawa nota
bersama kenangan
untuk aku

Aku, milik barang ini
dengan bukti pembelian
bukan satu hasil rompakan

Sepi, sendiri
dalam alam dunia
milik seorang penghuni.

Kulim, 13.07.1995

Tuesday, September 7, 2010

19. Persabahatan (II)

Aku mencari hari ini
mungkin esok takkan bertemu lagi
sebuah pengertian
kerana aku kekeliruan

Kelmarin aku bertemu
mesra dalam perkataan
indah madah pengucapan
kata-kata terjalinnya ikatan

Kelmarin jua aku bersua
suara halus manja, meninggi nada
hasad dengki dan noda
selut ikatan yang lama

Dan hari ini aku mengerti
tentang diri yang tak memungkinkan ku mengenali
diri sekerdil ini dalam mencari mutiara
sebutir mutiara

Dalam mengerti aku pasti
tiada yang dapat mendahului
selain hati dan fikiran

Mencari lagi dalam diri
sebuah ikatan abadi
hidup sejiwa suka & duka
aku sendiri tiada dapat memberi
kasih juta pada insani

Dan ku bertanya pada hati
mengapakah terjadinya begini
lalu hati berkata

"Setulus kata seikhlas rasa"
tiada terjalin ikatan
maka saudara bertemu saudara
musuh jua jadinya"

Kini, aku sedar dan tahu
sinar mutiara yang ku jumpa dulu
tidak bersinar dalam hati diri
manakan bersinar dalam hati
insan yang bergelar sahabat

Dengan itu, jadilah teman dirimu
sebelum menjadi teman orang lain
jika kau tiada daya memberi
cukuplah sekadar menerima

Kulim,
22.06.1995

18. Aku menyayangimu seperti mana aku tahu erti kasih sayang

Semalam ku gubah puisi
indah bahasa madah bicara
kata hati itu cuma rekaan semata

Dari Dia engkau lahir
dari engkau, aku
kecil, besar dan remaja
kisah dulu terpahat luka

Sungguh sayang sebenar cinta
Sayang pergi membawa ceria

Saat waktu kita bertemu
dalam khalimah doa restu
hanya itu yang termampu
dari simpati kesal anakmu

Saat itu aku rindu
pada belai dan sentuhan
manja dan meriakan
pada hati, jiwa dan perasaan
kupendam sebuah kisah
sayangku tak pernah sudah
pada insan bergelar ayah

Sayang kini tinggal kenangan
tinggal mimpi dalam impian
memungkinkan pemergian
sekali bukan

Tinggal masa dan waktu
yang bakal menjadi penentu
tentang kasih,mesra dan rindu
kerana bagiku
aku menyayangimu sepertimana aku tahu erti kasih sayang.

Kulim,
27.06.1995

Monday, September 6, 2010

17. (Kenapa aku diterima) yang akhirnya kau lupa

Lama aku berdiri disini
dalam rakit alam, sepi sendiri
sendiri aku mencari erti
sebuah kehidupan hakiki

Perubahan masa menjadi arus
membawa aku ke kuala yang deras
aku mabuk
dengan kuala yang luas
penuh janji hidup yang tak pernah ku tuas

Ku jungkit rakit terkena batu
batu bersinar melarik rindu
pada cahaya kau ku tunggu

Sungguh cahaya penerang jiwa
ku cipta madah, salam ku pertama
engkau sambut aku gembira
engkau gembira sedang aku dalam duka
kenapa aku engkau terima
yang akhirnya engkau lupa

"aku rindu kau pun rindu"
"cinta kita berlainan"

Kulim,
20.06.1995

Sunday, September 5, 2010

16. Tiadakan Dua

Setiap kali ku luang fikiran
emosi menyapa kenangan
ingatan
kasih ku berikan

'Sayang, bunga mesra yang ku siram
kembang layu dalam genggaman'

Harap bersinar di awan hati
berarak pergi senja mendatang
ku biar kasih tak sampai
bagai senja menunggu pagi
tak kunjung malam
bertamu siang.

Begitu ibarat kesah ditinta
sajak syair ku lagukan jua
bersama ini jadikan rasa
sekali terasa tiadakan dua.

Kulim,
02.07.1995

Thursday, September 2, 2010

15. Masa

Suatu masa
bila detik dan waktu bersua
dan kita berada ditengahnya
dimana pendirian kita
kerana masanya sudah tiba

Suatu ketika
apabila saat dan waktu bertemu
dan kita disini berada didepan
dimana letaknya azam
yang dilaungkan sejak asal kehidupan

Suatu waktu
manabila kita mendahului masa
dimana kita
ditingalkan atau meninggalkan
lamunan disuatu ketika (kenangan)

Dan ketika masa dan waktu
menjadi musuh
setiap detik menjadi saat
dimana kita dikejar
sehingga tidak sempat berlari

Pada ketika dan waktu itu
kita hanya mampu menunggu masa
menukar semula saatnya menjadi detik
apabila manusia tiba pada saatnya dipanggil pulang
pangillan untuk 'masa' pun hilang.

Kulim, 30.12.1995

Wednesday, September 1, 2010

14. [no title]

Serakan mentari pagi
... dengarlah ...
bisik burung pada kicauan
menanti masa di sarang

Burung yang terbang
... lihatlah ...
senyum mentari-siang
bererti bermulanya sebuah pencarian

Dan alam sesungguhnya kau mengetahui
kurnia nikmat dari Ilahi
buat insani insafi diri
pada asal kesah persuratan
takdir penentuan
sebuah kehidupan

Mentari galah meninggi
meniti bayang-bayang diri
yang masih diselimuti mimpi
indah, ngeri dan sengsara
bagi mereka yang diberinama manusia

dan mentari berserak sekali lagi
mengucapkan selamat tinggal
pada siang yang bertamu malam

Dan manusia, besokkan mentari
terbit lagi
maka disini
bermulanya sebuah kehidupan hakiki
walau semalam menjadi saksi
berakhirnya kehidupan duniawi

Mentari merah
... dengarlah ...
kicau burung dikejauhan
sepi. sunyi
dalam menanti engkau terbit sekali lagi

Burung-burung
... lihatlah ...
serak emas menjadi jingga
walau siang sudah berakhir
esokkan bersinar emas ditakbir

Kulim, 29.12.1995

13. Waktu Itu Berlalu

Sedetik ia berlalu
tinggal lagi rindu
kenangan tersimpan
dalam memori semalam

Sewaktu kita bertemu, ada lagi rindu
kenangan, pengalaman
tika masa dulu
kau harapanku

masa mengajar kita
rindu yang sengsara
dalam cinta dalam kenangan
aku keseorangan

menanti, merindu
seribu tahun
detik itu takkan kembali
dimana waktu itu berlalu

SMSB, Kulim
30.08.1995