Monday, June 13, 2011

161. Hujan Malam

Yang datang bersama hujan
meninggalkan titis kenangan
meninggalkan suara-suara rindu
dari riuhnya . . . alam
hujan malam . . .

Dihujung suara cengkerik
bermukim sunyi
sahut menyahut
sepi yang tiada
hinggar pada suasananya
dimalam . . . hujan malam

Langit yang suram tanpa seri kerdipan
tidak mengundang lagu bayu mendayu
angin dari pekara-pekara
dalam hujan malam

'Dunia' tidak pula sunyi
walau malam bagai kaku setiap kali
hujan dimalam hari

. . .
note: Sejurus selepas redanya hjan lebat beserta guruh dan angin pada sebuah malam yang tak selalu diendahkan. Malam tetap malam, hakikat alam

No comments:

Post a Comment