Wednesday, July 27, 2011

172. Kerana Aku Perempuan

Aku ingin . . .
aku ada rasa pada mereka

Aku punyai hati
yang ingin didampingi
diyakini akan dia
ditakdirkan bersama

tetapi, kenapa perlu . .
kerana orang lain?
atau kerana aku perempuan
dan kenapa aku . . .

Aku inginkan kehadiran
aku ingin rasakan
walau hanya bayangan
dikala ini

Tetapi kerana aku perempuan
aku masih perempuan
yang mengharapkan
sampai nanti takdir, bertemu

Oleh kerana aku . .
lidah tak bersuara
bahasa mati kekeluan

27.02.2004

No comments:

Post a Comment