Monday, January 14, 2013

368. Putera Katak

Laungannya memecah sunyi
jeritannya menusuk deria
menyakitkan, membingitkan
diam! aku mahu lena yang tenteram
aku mahu tidur yang panjang
kalian hanya alasan
penyembuh sepi hati

Pergi sejauh mungkin
diam, sesunyi yang perlu
jangan ada apa-apa lagi
biar habis, kikis
biar lenggang, tenang.

15.05.2011

No comments:

Post a Comment