Tuesday, January 18, 2011

80. Cerita Hati yang Hidup Dalam Mimpi Realiti

Pada siapa, harus aku kisahkan peristiwa
yang melanda jiwa
pada siapa, mesti aku lafazkan kata
madah indah berbunga rasa

Pasti aku kembangan hari
yang layu dipagi
bila embun melambai ditingkap mimpi

Atau mungkin hujan sepi
menyelubungi malam
mimpipun pulang aku kesiangan

dan malam mungkin akan ketawa
melihat cerita diri tertayang realiti
yang bisa membunuh mimpi-mimpi
dari angan yang tiada sudah
mengeletek kenyataaan
bila pagi menyapa..

dan bila mimpi terjaga
aku masih disini
menghitung helaian masa
dari waktu yang sudah
"indah hanya mimpi, tak seindah realiti"

Sungguh, sepi jadi bahasa
jiwa yang sunyi
sepi jadi pencerita
pada kisah hati
yang masih mahu menanti malam, menebar mimpi
"mimpi indah, mimpi bukan realiti"

Untuk sekali lagi
biarlah malam bersama mimpi
dan siangnya bernaung realiti
kerana itu, kisah dan cerita termeteri
bagi sebuah cerita
hidup dalam mimpi realiti..

12.10.1999, Kulim.
..dari sudut hati yang dalam, bergelodak rasa ini..

No comments:

Post a Comment