Friday, October 7, 2011

189. Soalan Perasaan

Aku,
cuma mahu bercakap, bercerita kisah hati yang menyerabutkan fikiran diketika dan saat ini. aku,
cuma ingin meluahkan, rasa hati yang kadang-kadang membuatkan fikiran jadi kalut, jadi buntu . . .

Dan aku,
mahu menghilangkan resah, gundah dihati yang sering menghimpit, memaksa aku mencari kenyataan dari ketidakpastian yang timbul dari punca pekara yang aku ingin ceritakan, aku ingin luahkan.

Bagaimana baru dapat aku katakan, apa yang tersimpan dihati.
bagaimana baru dapat aku luahkan, apa yang terpendam dijiwa.
bagaimana baru dapat aku bacakan, apa yang terbuku diperasaan.

Itu hanya perasaan, yang ingin dan merasai apa yang menganggu aku diketika ini. Perasaan ragu-ragu, ingin tahu, kepastian, kebenaran: apa yang aku mahukan.

Dan soalan itu yang berulangkali ku carikan jawapan sehingga mahu aku bercerita, berkisah dan bermadah indah. Jawapan dari setiap persoalan. Pernah dulu (pinjam kata orang) "Soalnya Hati", tapi bagi aku "Soalan Perasaan".

Tak perlu dijawab atau bertanya, jawapannya tetap tiada . .
dan yang paling perlu
usah berkesah atau bermadah, yang perlu pasrah.

12.08.2005

No comments:

Post a Comment