Tuesday, March 1, 2011

100. Keadaan

Terlalu berliku perjalanan kita
dan begitu panjang untuk diteruskan
sudikah? . . . mampukah? . . .

Dimana fikiran
dimana haluan
menentukan arah hidup
yang penuh ranjau dan duri
duga dan sengsara

Dimana kekuatan
dimana kemampuan
andai gugur sebelum memulakan perjuangan
andai gagal sebelum kejayaan

Selak diri, selami hati
adakah ini yang terbaik
kerana ini yang terakhir
kerana ini yang mutakhir

Biar berlaku bersebab
terjadi beralasan
untuk sebuah kenyataan
yang rapuh persoalan
yang goyang pertikaian
untuk kebenaran
demi sebuah persahabatan
dua insan berlainan

Sajak yang ditujukan kepada seorang sahabat yang jatuh cinta pada wanita bukan bangsa dan agama yang sama

2000

No comments:

Post a Comment