Tuesday, March 29, 2011

118. Rindu Yang Terkorban

Namun rindu tak segagah mana
mempertahankan kedudukan
membolehkan jiwa goyah
dimedan perasaan

Sesungguhnya rindu mampu
menguburkan kesatria hati
menangkis panahan sepi
mesra, ceria yang terkubur, gugur

Namun rindu masih tidak berdaya
menyatakan yang mimpi
mengiakan yang bukan
kerana rindu masih disini
berperang dengan perasaan
dimedan, penuh penantian..

25.11.2001

No comments:

Post a Comment