Maaf . . .
kiranya kata terluka
namun terima kasih
kerana sudi berbicara
Maaf, seandainya
jiwa diganggu rasa
namun terima kasih
kerana gelodaknya
Maaf . . .
jika berlalu waktu-waktu sepi
terima kasih
kerana riuhnya di seketika
Maaf . . . untuk segala
dan terima kasih jua
untuk segalanya
03.12.2002
No comments:
Post a Comment