Thursday, April 28, 2011

135. Persahabatan

Selagi ada waktu
selagi ada penentu
selama itu kita bertemu
selama itu kita bersatu
Sekiranya waktu hilang
sekiranya telah ditentukan
sedetik itu, detik gemilang
sedetik kesah ada kenangan
Kawan umpama angin
adakalanya datang dengan ribut
meninggalkan bencana
adakalanya datang menyapa
melagu hati jiwa
Sudah begitu angin bersifat
datang dan pergi begitu saja
menyentuh rasa dijiwa perasaan

24.11.2000

No comments:

Post a Comment