Friday, March 1, 2013

373. Mencari Erti

Dalam kekalutan fikir
bersimbul, berceragah..
sekiranya dapat dihentikan masa
andai dapat diundur semula
dimana mungkin akan wujud?

Dalam keriuhan suasana
yang hiruk dengan pekara punca
bingit dengan bunyian asing
sekiranya dapat dimatikan getaran
andai dapat dihentikan gelombang hingar itu
dan pastinya mungkin akan wujud?

Sekiranya dapat dipastikan maksud
andai dapat dimengertikan makna
mudah untuk difahami gelombang kerinduan ini
apakah mungkin tetap akan wujud?

Bukan tidak mengerti ketentuan
bukan tidak menerima takdir
cuma sekadar memberi reaksi
tentang bahagia yang datangnya bukan semedang.

07.06.2011

No comments:

Post a Comment