Thursday, March 7, 2013

376. Kita Fikir

Kita fikir, bahagia kalau berdua
kita fikir, bahagia kalau ada cinta
kita fikir, bahagia kalau ada dia

Kita fikir...

Hidup bukan hanya berfikir
tapi melalui, mengalami
hakikat dan realiti

Tapi kita tak tahu apa yang bakal berlaku sedetik masa berlalu..

Mungkin bukan berdua, bahagia hidup kita
mungkin bukan dengan dia, takdir hidup kita
mungkin bukan cinta 'untuk' dan 'kerana' manusia
bisa membahagiakan kita

Aku cuba mengerti tentang cinta Ilahi
manakan sama cinta hambali (manusia)
kalau tanpa cinta, ku tetap bahagia
ku terima seadanya...

22.06.2011

No comments:

Post a Comment