Monday, March 4, 2013

374. Adakah Bahagia

Terkadangnya realiti kehidupan tidak mendatangkan kebahagian
sebagaimana yang kita impikan atau harapkan
kehidupan itu satu misteri yang perlu kita terokai
bahagia itu satu penemuan
derita adalah liku perjalanan
mengharapkan ketentuan, dengan sedikit usaha... Insya Allah
insan itu dijadikan pasang-pasangan
kalaupun takdirnya seorang, itulah ketentuan

Tidak pernah menyalahkan takdir
cuma tidak mahu kecewa dengan perasaan

Sudah nekad dihati, sudah tegas diminda
andai itu takdirnya, itulah bahagia

Mungkin dalam pencarian ini
bukan bahagia yang diharapkan
tapi keredhoaan pada setiap pekara yang  berlaku
yang tanpa sedar, itulah bahagia yang sebenar-benar bahagia

22.06.2011

No comments:

Post a Comment