Tuesday, March 5, 2013

375. Aku

Tidak mahu menangis pada gembira yang seketika
tidak mahu tersenyum pada cerita yang tidak pasti usulnya
tidak mahu terluka lagi kerana kekhilafan memilih
tidak mahu terlalu menilai pada cinta yang bukan hak

Hanya mahu menunggu waktu dan ketika bahagia itu datang
bersama ketentuan, bersama takdir yang telah dinyatakan

Aku bebas begini tanpa keluh kesah
aku tenang begini tanpa riuh resah
yang paling aku sukai aku tak terluka lagi.

22.06.2011

No comments:

Post a Comment