Thursday, October 14, 2010

37. Langkahan Jiwa

Kata-kata tidak dapat menyamai apa yang dirasa
walau kita sama . . . manusia
hati kita berbeza, hanya Dia mengetahui
hanya Dia memahami
manusia, merancang
berperasaan
kejayaan
kita serah padaNya
walau gagal seribu kali
keputusasaan jangan kau jemput dan
bertandanglah ke rumah sabar
pasti takdir persila
hidang ketenangan jiwa
ketuklah pintu sepi
kerana teman kita yang paling mengerti
hati kita, jiwa kita
perasaan kita, kita rasai

14.11.1996,
Kulim

No comments:

Post a Comment