Tuesday, August 24, 2010

7. Sanjunganku Berubah/Keduanya

Seperti kehilangan tongkat
kehilangan tempat bersandar
sukar mencari pengertian
selain dia
sayang hanya sementara
kasihku padanya, sayangku buatnya
seperti hujan yang reda
setelah ribut, banjir
bencana melanda,

Mengerti, untuk itu adalah sukar
kerana aku bukan dia
apa yang dirasa tak sama
hanya simpati dan belas
bersama harapan, agar dia tabah
menghadapi,

Hanya itu yang dapat ku beri kerana aku juga
manusia seperti juga dia
diri, aku terus begini, menanti suria terbit sekali lagi
meneruskan apa yang belum pasti
kerana hidup sudah pasti diteruskan
walau waktu terhenti
kecuali ajal

SMSB, 1994/1995

No comments:

Post a Comment