Monday, August 23, 2010

4. Persoalan (Kenapa)

Perlukah ku terus bertanya
Pada jawapan yang tak pasti
yang memungkinkan soalan sekali lagi

Perlukah ku menanti
saat itu kembali
kerana detik, berlalu pergi

Perlukah ku menyapa
sepi yang berada dihadapan
agar hati tidak sunyi
kekosongan menemani

Perlukah ku terus berada dalam angan-angan
yang hanya satu mainan fikiran

Kulim,
AN, 13.12.1994 12.30pm

No comments:

Post a Comment