Thursday, August 19, 2010

1. Persahabatan

Demi masa dan waktu
aku turuti langkahmu
bagi aku itu satu
perit payah yang akan ku rempuh
bersama bersandarkan kesabaran
ujian dan cabaran
hidupnya seorang insan

Demi masa dan kemegahan
kau lupa
bahawa diri ternoda
oleh dosa kota
selamba kau mengejar harta
dunia yang sementara..

demi kasih dan sayang
aku masih disini
melayar impian seluas lautan harapan
yang kaku mencoret luka hati
engkau ditewaskan lagi

dalam kemegahan
terselit ketabahan
dalam arakan awan melingkari langit biru
kau teruskan langkahmu

SMSACK, Akhir 1993

No comments:

Post a Comment