Tuesday, September 7, 2010

19. Persabahatan (II)

Aku mencari hari ini
mungkin esok takkan bertemu lagi
sebuah pengertian
kerana aku kekeliruan

Kelmarin aku bertemu
mesra dalam perkataan
indah madah pengucapan
kata-kata terjalinnya ikatan

Kelmarin jua aku bersua
suara halus manja, meninggi nada
hasad dengki dan noda
selut ikatan yang lama

Dan hari ini aku mengerti
tentang diri yang tak memungkinkan ku mengenali
diri sekerdil ini dalam mencari mutiara
sebutir mutiara

Dalam mengerti aku pasti
tiada yang dapat mendahului
selain hati dan fikiran

Mencari lagi dalam diri
sebuah ikatan abadi
hidup sejiwa suka & duka
aku sendiri tiada dapat memberi
kasih juta pada insani

Dan ku bertanya pada hati
mengapakah terjadinya begini
lalu hati berkata

"Setulus kata seikhlas rasa"
tiada terjalin ikatan
maka saudara bertemu saudara
musuh jua jadinya"

Kini, aku sedar dan tahu
sinar mutiara yang ku jumpa dulu
tidak bersinar dalam hati diri
manakan bersinar dalam hati
insan yang bergelar sahabat

Dengan itu, jadilah teman dirimu
sebelum menjadi teman orang lain
jika kau tiada daya memberi
cukuplah sekadar menerima

Kulim,
22.06.1995

No comments:

Post a Comment