Monday, September 27, 2010

25. [no title]

Dalam keluh resah
kulihat air berguguran
gugur kesayuan
ditinggalkan

Sepi.. tak kusangakan
dalam keheningan
kucari cinta yang hilang
.. kerana rupa
.. kerana alpa
pada kasih, pada sayang
mangkin kehidupan

Malam, mahukah kau menjadi teman
mendengar cerita hati pedih..
kubisik padamu malam
tetamu hati-hatiku
merentap jiwa sepi
kerana kasih tak diundang

Siang, mahu kau jadi sahabatku
agar bisa ku bertemu dengan dia
ketenangan..

Dan dalam aku begini
mahu saja ku temui bulan
dan nyatakan padanya
aku mahu jadi teman
sudikah bulan?

lalu aku menyapa bintang
boleh aku jadi kekasih
pinjam sinar dan kerdip
cerah hati yang gelap, kerana suria kasih menyepi sendiri

Dalam sendu, aku mengharap
kalian semua bisa menjawab
semua pertanyaanku
dan kuharapkan kalian mengerti
kerana kalian mengetahui
hakikat manusia pada hakiki
semoga dengan restu
hidupku bahagia dari dunia hingga ke akhirat..

12.06.1996,
Kulim

No comments:

Post a Comment