Monday, September 27, 2010

24. Kehadiran Membawa Kepulangan

Aku tidak pernah mengharapkan kehadiran
begitu juga dengan kepulangan
aku bahagia sebelum ini, begitu juga sekarang

Namun aku mahu kau tahu
kehadiran dan kepulanganmu
menyentuh hati
yang selama ini diam tak terusik

'Yang hadir tanpa dijemput
menerima dengan hati terbuka
persilaan tak pernah dituntut
kesudian tak pernah dilupa'

sebelum kau hadir,
Halamanku subur dengan bunga prasangka
kusiram dengan embun waspada
agar bungaku kembang sederhana
sedari bunga dihalaman saja

kini kau pulang,
Tak akan ku biarkan halaman ku kontang
dengan rasa rendah diri dan bimbang
kerana dengan peliharaan yang cukup dan kesedaran
kembangnya bungaku cemerlang
kerana aku percaya takdir yang datang

Biar, kehadiran dan kepulangan
biar, yang hadir membawa pulang
ku simpan semua jadi kenangan..

17.05.1996
TSPP, Prai

No comments:

Post a Comment